www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Ramai Tak Tahu, Ini Helah Lain Guna Instagram Cara Pro

0 month ago, 14-Feb-2019


Tahukah kamu Instagram sendiri memiliki lebih berpuluh ciri lain yang boleh dimanfaatkan para pengguna selain hanya mampu memuat naik, menyunting gambar dan merakam video Instagram Story.

Bagi memberi pencerahan kepada semua, Wanista berasa sennag hati untuk berkongsi sedikit ilmu dengan semua bagaimana kamu boleh menajdi pengguna Instagram secara lebih profesional.

#1 Sorok Foto Yang Kamu Di-Tag Bersama

Bergambar dengan kawan memang seronok namun, foto kamu bersama dia adakalanya tidak menepati cita rasa apabila si kawan memuat naik foto saat kamu kelihatan hodohke akaun Instagramnya, lalu men-tag Instagram kamu. Hakikatnya pengikut kamu masih boleh melihat foto hodoh kamu itu di feed Tagged Photos.

: Google Images

Salah satu cara untuk menyorok foto kamu itu dari terus berada di akaunkamu adalah:-

  • Pergi ke gambar tersebut di akaun rakan kamu itu.
  • Perhatikan ikon tiga titik yang berada di atas sebelah kanan foto, klik.
  • Klik Post Options? Alihkan tombol untuk setuju menyorok foto itu dari simpanan Tagged Photos diakaun kamu. Siap!

#2 Simpan Post Kegemaran Dalam Satu Fail!

Suka mencari inspirasi di Instagram? Tak perlu lagi screenshot foto-foto kegemaran kamu dengan menggunakan kaedah Saved yang disediakan Instagram.

  • Lihat bahagian bawah kanan foto ? Klik ikon berupa riben. Siap!
: recode.net

Kini semua foto berada dalam satu fail yang boleh dilihat menerusi bar yang ada pada menu utama. Cara untuk melihat kembali foto-foto yang telah disimpan adalah dengan menekan butang Settings atau klik pada ikon tiga garisan di bahagian paling atas sebelah kanan? Klik Saved.

#3Tutup Ruangan Komen Dalam Foto

Biasalah, manusia ada turun naik. Sampai mood nak mendiamkan diri, buat kita terasa untuk menjauhkan diri dari cakap-cakap orang lain termasuklah dari pengikut di media sosial.Cara untuk menutup ruangan komen

  • Cuba Upload satu foto baru di akaun.
  • Apabila tiba di paparan untuk kamu menambah kapsyen, tag, tetapkan lokasi dan sebagainya Dibahagian paling bawah sebelah kiri ? Klik Advance Settings ? Klik Turn Off Commenting.

#4 Gemar Stalk Tapi Takut Tertekan Like

Okay, tak dinafikan memang ramai antara kita yang suka menjelajah timeline Instagram orang lain, lagi-lagi kalau orang itu adalah musuh,crushatau individu yang kita anggap popular dengan kelebihan tersendiri. Namun sering kali kita tertekan Like saat kita leka melihat meneliti koleksi foto mereka.

: adweek.com

Untuk itu apa yang kita boleh buat adalah sewaktu skrol foto mereka di Instagram, matikan wifi atau gantikan mod telefon kamu kepada Mod Kapal Terbang (Airplane Mode). Dengan cara itu, tiada lagi masalah kamu tertekan Like pada foto yang tidak diingini! Kalau tertekan pun mereka tak akan dapat notification.

#5 Nak Delete Foto Tapi Sayang?

Adakalanya kita sudah bosan seterusnya ingin mengemas kini Instagram Feedkita. Salah satu cara untuk membuang gambar-gambar lama kita tanpa memadamnya adalah dengan menyoroknya buat sementara waktu sehingga suatu masa kita boleh kembali memunculkan foto tersebut ke akaun.

  • Pergi pada foto yang ingin disorok? klik ikon titik tiga pada bahagian atas kanan foto
  • Klik Archive.Kini foto-foto kamu selamat disimpan tanpa dipadamkan selama-lamanya.

Untuk melihat dan memunculkan kembali foto tersebut ke akaun kamu, klik ikon berupa jam dengan arah berlawanan pada bahagian atas profile kamu? Klik Posts Archive? Klik pada foto yang kamu ingin munculkan kembali di feed? Klik ikon tiga titik di atas kanan? Klik Show Profile.

#6 Tunjuk IG Story Pada Teman Tertentu

Tak semua benda kita suka kongsi dengan orang yang tak dikenali. Lagi-lagi kalau ianya foto atau video peribadi. Untuk membolehkan hanya orang terpilih melihat foto dan video kamu di IG Story

: TechCrunch
  • Pergi ke menu Settings atau klik pada ikon tiga garisan di bahagian kanan profile Instagram kamu? Close Friends.
  • Pilih sesiapa yang kamu kehendaki? Klik Add? Klik Done.
  • Setiap kali sebelum post IG Story? Klik Sent to Close Friends.

#7 Lihat Kembali Koleksi Foto Yang Pernah Kamu Like

Percaya atau tak, kamu sebenarnya boleh imbas kembali foto-foto yang pernah kamu Like di Instagram selama ni.

  • Klik Settings? Klik Account? Klik Posts Youve Liked.

#8 Guna Tulisan Bio Yang Menarik!

Selalu je kita lihat Instafamous biasanya menggunakan jenis tulisan (font) yang unik pada bio pengenalan mereka di profile. Kamu juga boleh ubah tulisan bio kamu untuk jadi lebih menarik di website LingoJam [KLIK SINI]

  • Tulis pengenalan diri kamu atau apa sahaja ayat yang mahu kamu letakan di bio.
  • Copy jenis tulisan kegemaran kamu yang ada di bahagian kanan website LingoJam.
  • Paste pada ruangan bio kamu. Siap!
: blogpixie.com

#9 Guna Tulisan Unik Di IG Story

Biasanya kita memang gemar menambah tulisan atau kapsyen sebagai penerangan kepada video atau foto yang kita muat naik ke IG Story. Untuk mengelakan rasa bosan. Kamu sebenarnya boleh guna font tulisan yang menarik serta menambah hiasan pada tulisan.

  • Google Coolsymbool.com [KLIK SINI]?Klik Fancy Text [KLIK SINI].
  • Tulis kapsyen atau perkataan kegemaran kamu pada ruangan disediakan.
  • Skrol pilihan tulisan kegemaran kamu? Klik butang Decorate? Pilih hiasan yang kamu inginkan.

#10 Buat Backup Gambar

Mana tahu kalau suatu hari nanti akaun kamu digodam dan kesemua foto kamu habis dipadam. Kamu sebenarnya boleh buat backup untuk dapatkan simpanan koleksi foto yang pernah kamu upload ke Instagram.

  • Klik ikon tiga garisan pada bahagian paling atas sebelah kanan? Klik Settings? Klik Privacy and Security? Klik Download Data.
: pinterest

Dalam masa 48 jam, pihak Instagram akan menghantar link pautan atau fail yang mengandungi kesemua maklumat dan kepentingan akaun Instagram kamu ke email -kemudian boleh dimuat turun untuk disimpan sebagai backup!

Sekarang dah jelas? Siapa sangka, Instagram sebenarnya boleh buat lebih banyak lebih daripada hanya memuat naik foto dan video untuk dikongsikan dengan pengikut.

Selamat mencuba!??

RUJUKAN

BACA Gadis Genius Ini Viral DIY Anting-Anting Airpods



SUMBER : wanista.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts