EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

1,400 rakyat pulang dari luar negara belum jalani saringan kali kedua, bakal diburu polis

0 month ago, 01-Jul-2020

Dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) di Putrajaya, hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan masih ada 1,400 rakyat Malaysia yang kuarantin 14 hari di rumah belum disaring.

Mereka adalah yang baru pulang daripada luar negara, difahamkan masih belum menjalani ujian saringan COVID-19 kali kedua hingga kini.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata, golongan tersebut diwajibkan untuk hadir membuat saringan kedua pada hari ke-13 selepas didapati negatif pada ujian pertama.

Jika gagal berbuat demikian, Ismail Sabri berkata golongan ini boleh dikira telah melanggar prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan serta akan dikenakan tindakan bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

Ada 1,400 orang yang degil ini. Insya-Allah, kita akan menghantar polis untuk mencari mereka supaya menjalani ujian saringan kali kedua

Beliau berkata, golongan ini hanya diberi dua pilihan iaitu pergi segera klinik atau menelefon pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat temu janji bagi melakukan ujian saringan itu, atau menunggu polis datang.

Justeru, sama ada mereka hendak menunggu polis datang atau sendiri pergi ke klinik atau menelefon pihak Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membuat temu janji bagi melakukan ujian saringan itu

Diharapkan 1,400 orang ini segeralah membuat ujian saringan, janganlah mementingkan diri sendiri dan fikirlah mengenai keselamatan orang lain juga.

: Berita Harian


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...