www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Rakyat Malaysia persembahkan wayang kulit moden di luar negara menggunakan patung Marvel dan DC!

0 month ago, 16-May-2019


Tintoy Chuo adalah pengasas Fusion Wayang Kulit yang pernah mewakili Malaysia dalam satu rancangan ujibakat di Jerman dan Austria dengan persembahan wayang kulit yang luar biasa.

Projek Fusion Wayang Kulit ini diasaskan pada tahun 2012 oleh Chuo bersama rakannya, Take Huat. Menariknya mengenai projek ini, mereka telah menggabungkan unsur-unsur moden di dalam seni tradisional wayang kulit bagi mempamerkan persembahan yang lebih segar dan menarik minat generasi muda.

Sejak 7 tahun yang lalu, Chuo telah menghasilkan banyak patung yang menyerupai watak-watak daripada filem Star Wars, adiwira Marvel dan DC serta artis terkenal dunia iaitu Ed Sheeran.

Meskipun wayang kulit gabungan moden dan tradisional ini belum diterima ramai, Chuo menegaskan bahawa mereka akan terus memperjuangkan aktiviti ini.

Sejak dipaparkan di dalam Wall Street Journal pada tahun 2014, Fusion Wayang Kulit telah membuat banyak persembahan di luar negara seperti Jerman dan Austria.

Malah pada tahun lalu, mereka menyertai pertandingan ujibakat di Guangdong, China di mana mereka telah mempamerkan adegan pertarungan di antara Batman dan Joker...

Antara koleksi patung wayang kulit yang pernah dihasilkan oleh Chuo...

#1 Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad

Fusion Wayang Kulit Facebook

#2 Iron Man

Facebook

#3 Thanos

Fusion Wayang Kulit Facebook

#4 Captain Marvel

fbcdn.net

#5 Alita

Fusion Wayang Kulit Facebook

#6 Predator

fbcdn.net

#7 Shazam

fbcdn.net

#8 Superman, Wonder Woman dan Batman

fbcdn.net

#9 Joker

fbcdn.net

#10 Ed Sheeran

fbcdn.net

:SAYS

Rakyat Malaysia persembahkan wayang kulit moden di luar negara menggunakan patung Marvel dan DC! Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts