EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Bawa Rakyat Keluar Dari Kemelut

0 month ago, 09-Feb-2020

Oleh : Adli Mohamad

KUALA LUMPUR- Usul undi percaya kepada Perdana Menteri (PM) Tun Mahathir yang ingin dibawa secara persendirian Ahli Parlimen PAS bertujuan membawa rakyat keluar daripada kemelut politik tanahair.

Timbalan Presiden PAS, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, ianya bagi memberi memberi sedikit ketenangan kepada rakyat untuk memfokuskan kepada isu yang lebih penting termasuk ekonomi.

Jadi kita sebut sekiranya PH betul-betul (nak tukar PM) bawalah usul undi tidak percaya kepada PM.

(Jika) mereka tidak bawa, kita kena bawa usul ini untuk melihat sejauhmana dapat sokongan dari ahli parlimen,jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita, pada sidang media Konvesyen Kebajikan Nasional, diadakan di Dewan Seri Kasih, Bandar Tun Hussein Onn, pada semalam.

Jelasnya, sokongan kepada Tun Mahathir adalah melihat ke arah kebaikan dan politik tidak statik.

Kalau kita tengok tun (ketika)memimpin negara dia diserang (dituduh) sebagai mahafiraun.

Orang (menuduh) dia mahafiraun sudah peluk (berbaik) dengan dia sekarang, jadi perlu faham politik ini bukan statik, ujarnya.

Kerana itu katanya, bagi PAS boleh membuka ruang serta serta menyokong kepada mana-mana demi kebaikan Islam.

(Sebagaimana) kata (firman) Allah kalau mereka minta pendamaian, maka terimalah pendamaian.

Kerana itu kita dengan UMNO 60 tahun lebih kota bermusuh, itu tidak bermakana kita bakal bermusuh sehingga kiamat, jelasnya.

PAS juga katanya, melihat beberapa aspek yang dilihat selaras dengan apa diperjuangkan PAS.

PAS melihat bagaimana ketegasan Tun (berkait) isu antarabangsa, isu-isu kebajikan, dan isu-isu yang menjadi perhatian, katanya.

(Juga) perdanam menteru perlu ada visi dan misi dia, tidak boleh sekejap-kejap nak tukar (PM).

Kita (akan) tengok (menjadi) kelam kabut), ujarnya.

Tambahnya, usul undi percaya itu akan dibawa ke mesyuarat Muafakat Nasional untuk dimaklumkan kepada rakan taawun yang akan berlansung malam esok.

Mengenai ura-ura akan terjadi Pakatan Nasional ianya tidak pernah dibincangkan serta terus memfokuskan kepada Muafakat Nasional untuk diperkasakan.


Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...