EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rakan setugas terpaksa jalani ujian saringan COVID-19 selepas seorang pesakit tipu sejarah sakit, doktor kongsi pengalaman menguji kesabaran

0 month ago, 21-Mar-2020

Malaysia terus mencatatkan jumlah kes positif COVID-19 yang semakin meningkat. Setakat 20 Mac 2020, sebanyak 1030 kes positif jangkitan telah disahkan dengan 3 kematian yang dilaporkan.

Bagi mengekang penularan wabak yang dahsyat ini, pasukan petugas kesihatan yang berada di barisan hadapan paling terkesan dan merasai betapa beban yang ditanggung saban hari menjadi semakin mencabar.

Pelbagai ujian dan tekanan terpaksa ditempohi oleh pasukan petugas barisan hadapan dan kita sebagai rakyat biasa seharusnya bersimpati dengan kesukaran serta cabaran besar yang dihadapi mereka.

Seorang pesakit seharusnya memberikan kerjasama serta tidak mementingkan diri sendiri dengan memberikan maklumat kesihatan yang betul dan tepat.

Perkongsian seorang doktor yang bertugas di barisan hadapan menceritakan satu insiden ketika mereka berdepan dengan seorang pesakit yang positif jangkitan tetapi telah berbohong mengenai sejarah sakitnya sehingga menyebabkan ramai rakan setugasnya terpaksa menjalani ujian saringan COVID-19.

Ikuti perkongsian Dr Ahmad Luqman Bukhari di bawah:

"Sakit woih! Rasa macam nak meletup kepala aku!

Terbatuk-batuk terus lepas batang swab tu dia keluarkan dari hidung aku. Mujur tak termuntah je."

Masih jelas lagi raut wajahnya yang tak selesa tu. Padahal prosedur pengambilan sample COVID-19 tu dah selesai lama.

Kesian betul. Dia antara rakan setugas aku yang terpaksa jalani ujian saringan COVID-19.

Bukan seorang dua, tapi berbelas-belas kawan aku yang terpaksa hadapi saringan tu.

Terpaksa relakan lubang hidung dijolok dengan alat penguji hingga betul-betul sampai ke hujung rongga hidung.

Semata-mata nak kena pastikan diri bebas jangkitan. Supaya ia tak tersebar pula pada orang lain.

Lihatlah gambar yang aku kongsikan tu.

Semuanya terpaksa lakukan test gara-gara ada pesakit yang positif jangkitan, tapi menipu sejarah sakit. Dah mula ada simptom sejak awal, tapi masih tegar berjalan-jalan ke sana ke mari.

Siap terbang ke luar negara lagi.

Lepas tu, bila datang untuk jalani pemeriksaan, tak beritahu maklumat sebenar pada staff kesihatan. Akhirnya dedahkan risiko jangkitan pada ramai staff hingga sebahagian terpaksa dikuarantin.

Akibatnya, staff yang bertugas makin berkurangan menyebabkan beban kerja makin bertambah.

Sebab tu kami marah benar bila ada yang tak patuhi arahan KKM dan kerajaan. Galak berjalan ke sana ke mari. Lepas tu sesuka hati cakap, "Kalau kami sakit kami pergilah hospital."

Rude! Selfish!

Tolonglah ikut Perintah Kawalan Pergerakan betul-betul buat masa ni.

Tak usah keluar ke taman rekreasi.

Tak usah ke masjid atau surau.

Tak usah pulang ke kampung.

Jangan dedahkan orang tua pada risiko jangkitan.

Bayangkan orang tua kita terpaksa hadapi rasa tak selesa diambil sample disebabkan kedegilan kita.

Apatah lagi jika tiba-tiba keputusannya positif.

Nauzubillah...

Itu belum kira masalah-masalah yang timbul pada staff kesihatan akibat kedegilan kita.

Kawan-kawan, patutnya ujian wabak ni jadi medan kita bermuhasabah, kesabaran kita membasuh dosa-dosa lalu.

Bukan kita menambah lagi senarai dosa-dosa baru ke dalam kantung amalan kita.

Yang dah lepas kita ambil jadikan pengajaran.

Tapi dalam perjalanan menuju ke hadapan, kita mesti ingatkan seramai mungkin agar selalu jaga satu sama lain. Saling ingat memperingati.

Nampak ada yang terlalai, kita tegur. Yang terus berdegil, kita serahkan pada pihak berkuasa.

Fahamkanlah kata-kata Tuhan.

Kita ini sentiasa duduk dalam kerugian.

Melainkan sesiapa yang beriman dan beramal dengan amalan yang soleh, serta tak jemu berpesan tentang kebaikan dan kesabaran.

Mari, sama-sama kita ingatkan semua ya.

Malaysia, #StayAtHome.

Semoga kita semua tidak bertindak mementingkan diri sendiri ketika menjalani tempoh sukar ini. Kasihani mereka yang sedang berada di barisan hadapan, mempertaruhkan nyawa sendiri ketika menjalankan tugas dan terus berjuang sebaik mungkin demi mengekang penularan pandemik COVID-19 daripada berleluasa di negara kita.

Sila beri kerjasama dengan berlaku jujur setiap masa dan patuhilah arahan kerajaan dengan kekal duduk di rumah sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan.

Rakan setugas terpaksa jalani ujian saringan COVID-19 selepas seorang pesakit tipu sejarah sakit, doktor kongsi pengalaman menguji kesabaran Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...