EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Raiola Nafi 3+1 Syarat Tak Masuk Akal Diminta Beliau Dan Bapa Haaland Dari Barca

0 month ago, 05-Apr-2021

Erling Braut Haaland kini menjadi perhatian dunia. Kerana ejen beliau, Mino Raiola dan ayahnya Alf Inge Haaland dilaporkan sudah berjumpa dengan Barcelona dan Real Madrid bagi berunding untuk potensi perpindahan.

The meeting between Mino Raiola, Erling Haalands father and Joan Laporta has been positive. It was the first contact to discuss about the new Barcelona project obviously theres nothing done or advanced, race will be long as many clubs are involved Bara are in. ???????? #FCB

Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 1, 2021

Selain itu, Raiola dan Alf Haaland turut menyusun pertemuan dengan beberapa kelab lain. Laporan dari Barcelona menyatakan bahawa Raiola dan ayah Haaland meletakkan syarat yang boleh dikatakan tidak masuk akal untuk perpindahan pemain tersebut.

Raiola dan Alf tidak membincangkan hal yuran perpindahan. Tetapi mereka fokus kepada bayaran bonus peribadi yang mereka akan dapat serta gaji Erling Braut Haaland.

RAC1 melaporkan, ada tiga syarat utama dan satu syarat tambahan diletakkan Raiola dan Alf Haaland kepada Barcelona.

1. Mino Raiola dapat 20 juta
2. Alf Inge Haaland dapat 20 juta
3. Gaji Haaland 30 juta setahun

Sementara itu ada satu syarat tambahan diletakkan oleh pihak Haaland iaitu memastikan Lionel Messi terus kekal di Barcelona.

This is what Haaland's father and Mino Raiola ask for the signing of Erling Haaland:

Raiola 20m
Father of Haaland 20m
Salary 30m net per season.

+ The continuity of Lionel Messi. [rac1] pic.twitter.com/0JtFvKx283

barcacentre (@barcacentre) April 4, 2021

Ini bukanlah perkara baharu Raiola meletakkan syarat tidak masuk akal. Namun ada juga kelab yang setuju. Misalnya sebelum ini, Raiola memaksa mana mana kelab yang mahukan Haaland dan juga De Ligt untuk menerima syarat memasukkan klausa pelepasan 150 juta.

Ianya menjadi sebab kenapa United gagal memuktamadkan perjanjian dengan De Ligt. Namun Juventus setuju dengan syarat tersebut. Sementara Erling Haaland turut dimasukkan klausa serupa dengan nilai lebih rendah iaitu 75 juta. Membuatkan beberapa kelab sebelum ini tak setuju.

Dortmund pula setuju dan yakin pemain itu akan kekal lama di kelab itu. Namun situasinya sekarang Dortmund berpotensi menjual Haaland lebih awal kerana jika masuk tahun 2022, klausa pelepasan itu akan automatik teraktif.

Those close to Erling Haaland have insisted there is no release clause in his Dortmund contract. That has been disputed by other sources who claim one becomes active at the end of the 2021/22 season which would allow him to go for 75 million.

@TeleFootball

Simon Phillips (@siphillipssport) March 31, 2021

Raiola dikenali dengan sikapnya yang suka memasukkan klausa yang memberikan kelebihan berat sebelah untuk ejen. Misalnya Pogba. Di mana sebelum ini Raiola dilaporkan mendapat 25 juta daripada perpindahan itu sebagai bayaran ejen.

Business Insider melaporkan angka itu bertambah lagi berdasarkan beberapa klausa rahsia di dalam kontrak tersebut.

Ia kekal sebagai bayaran paling tinggi diterima ejen daripada seorang pemain sahaja.

Meet Mino Raiola, the football agent who could earn 41 million from Paul Pogba's record Manchester United transfer https://t.co/KL7TaolBqE pic.twitter.com/yvISfqTUjb

Insider International (@InsiderIntl) May 15, 2017

Namun Raiola kemudian tampil menyatakan bahawa laporan itu cuma fake news. Dan beliau menegaskan pertemuan dengan Barcelona dan beberapa kelab lain hanyalah berkaitan dengan projek kelab.

Tiada perbincangan harga ataupun komisyen di antara mereka semua.

Raiola denies all rumours about his commission asked for Haaland deal.

In the meetings with top clubs last week there was no mention of commissions or official bids. Just talks about club projects.

..its just the beginning of the race, commissions will be discussed later on. https://t.co/k3lgHCh5OY

Fabrizio Romano (@FabrizioRomano) April 4, 2021

Berapa agaknya komisyen Raiola kali ini? Jika benda ni jadi nanti.

Sebagai rekod sebelum ini Borussia Dortmund membayar 15 juta kepada Raiola dan 10 juta kepada ayah Haaland.

???? [@gerardromero????] | Borussia Dortmund paid 15M to Mino Raiola and 10M to Haaland's father in commissions when the striker signed for the German club. pic.twitter.com/2eApX9Jvaa

BaraTimes (@BarcaTimes) April 4, 2021



SUMBER : axello.net



Live Website Traffic


loading...