EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Naz Rahman Mahu Rahsiakan Penyakit Seperti Chadwick Boseman

0 month ago, 13-Sep-2020

Pengacara rancangan Jalan Jalan Cari Makan, Naz Rahman menyifatkan kisah hidupnya hampir sama dengan mendiang Chadwick Boseman.

Kata Naz Rahman , selepas 15 tahun menderita gangguan saraf tunjang termampat, dia akhirnya terpaksa berkongsi kisah hidupnya itu apabila terpaksa menjalani pembedahan kali ke-10 pada Mac lalu.

“Sebenarnya apa yang dialami oleh mendiang sebenarnya hampir sama dengan saya. Kalau boleh memang saya cuba nak rahsiakan mengenai penyakit ini.

“Dia tidak memaklumkan pun kepada sesiapa tentang penyakitnya. Sama seperti saya… tapi apabila ada yang tahu saya pula kena maki.

“Saya betul-betul tak nak susahkan orang bila orang simpati semangat kita kurang. Alhamdulillah saya syukur dengan sokongan keluarga serta peminat sekarang,” katanya kepada Gempak.

Risau akan nasib kerjaya seandainya berkongsi perihal penyakit terbabit, Naz Rahman nekad untuk tidak akan bercerita lagi tentang hidupnya kepada umum selepas ini.

“Pada masa akan datang pun kalau ditakdirkan saya menderita penyakit lain, saya rasa lebih selesa untuk merahsiakannya kerana tak mahu ia menjadi punca kesedihan orang.

“Baik keluarga, teman-teman atau peminat, saya mahu dikenang sebagai seorang yang ceria sahaja sama seperti apa yang dilakukan oleh Raja Wakanda tersebut,” tambahnya.

Naz kini sedang menjalani proses fisioterapi selama setahun lebih selepas menjalani pembedahan pada Mac lalu.

Boseman yang pernah membintangi filem Black Panther itu meninggal dunia akibat kanser kolon. – Gempak.com

Naz Rahman Mahu Rahsiakan Penyakit Seperti Chadwick Boseman Roti Susu.


SUMBER : rotisusu.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...