EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Arak ragut nyawa lagi, dua sahabat maut di tangan pemandu mabuk

0 month ago, 11-Feb-2020

Sebelum ini pasangan suami isteri kemalangan dirempuh pemandu mabuk, hanya selang sehari, dua sahabat pula yang menjadi mangsa.

Kejadian yang berlaku di Km13, Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR) menghala Sungai Dua, di Butterworth, dua sahabat tersebut yang menaiki motorsikal dipercayai telah dilanggar oleh sebuah kereta.

Mangsa, Muhamad Syaiful Hilmi Rosidi, 21, dan rakannya Muhammad Amin Najmi Azaman,19, yang berasal daripada Paya Keladi Hujung, Kepala Batas, meninggal dunia di tempat kejadian.

Kereta itu melanggar bahagian belakang motosikal mangsa menyebabkan mereka terbabas dan terbakar

Kini tular wajah seorang wanita berbangsa Cina berumur 47 tahun bekerja sebagai jurujual, dipercayai pemandu mabuk yang dikatakan. Difahamkan, dia memandu ketika berada bawah pengaruh alkohol, selepas pulang dari sebuah pusat hiburan.

Wanita tersebut yang telah menyebabkan kematian dua sahabat itu kini sudah ditahan dan kes akan disiasat. Diharapkan, kali ini undang-undang berat dikenakan terhadap pemandu mabuk.

: Harian Metro & Penang Kini


SUMBER : ohmymedia.cc

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...