EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Rafizi Ramli Muncul Dalam Pertemuan PKR, Adakah Sudah Kembali Dari Berehat Panjang?

0 month ago, 17-Sep-2020

Interview with Rafizi Ramli, Thursday, September 13, 2018. RAJA FAISAL HISHAN/The Star.

KUALA LUMPUR, 15 Sept Naib Presiden PKR Rafizi Ramli dilihat membuat kemunculan semula selepas lama berdiam diri daripada dunia politik.

Rafizi semalam mula turun padang membantu calon PKR berkempen Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah.

Kemunculan @rafiziramli di DUN Sook memberi sinar serta semangat kepada kebanyakan pihak.

Saya berdoa agar beliau diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama berjuang, catat Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Pulau Pinang Fahmi Zainol di Twitter.

Bekas ahli parlimen Pandan itu pada Disember tahun lalu mengumumkan tidak lagi berminat dalam politik, dan mahu berehat hingga empat tahun.

Pengasas badan bukan kerajaan (NGO) Invoke Malaysia itu berkata beliau mahu fokus kepada keluarga selepas banyak masa dihabiskan untuk berpolitik.

Kemunculan @rafiziramli di Dun Sook memberi sinar serta semangat kepada kebanyakan pihak. Saya berdoa agar beliau sentiasa diberikan kesihatan yang baik untuk sama-sama berjuang. pic.twitter.com/W9KwFXkUNJ

Fahmi Zainol (@fahmizainol91) September 14, 2020

Keputusan dibuat selepas Mahkamah Tinggi membebaskan Rafizi daripada hukuman penjara 30 bulan membabitkan kes mengikut Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan (Bafia).

Beliau sebelumnya membuat rayuan terhadap kesalahan mendedahkan empat akaun bank berkaitan National Feedlot Corporation (NFC) dan pengerusinya Datuk Seri Dr Mohamad Salleh Ismail.

kredit projekmm


SUMBER : karteldakwah.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...