EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Baca al-Quran setiap hari, juara qariah selamat bergraduasi

0 month ago, 12-Oct-2019

Juara qariah Tilawah Al Quran peringkat antarabangsa 2019, Nor Farhatul Fairuzah Panut berjaya menamatkan pelajaran tingkatan enam di Sekolah Menengah Agama Perempuan Labu, Negeri Sembilan.

Berita gembira tersebut dikongsi oleh remaja berusia 19 tahun itu di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa posting sempena majlis graduasi baru-baru ini.

Mempunyai hampir 290,000 pengikut di Instagram, orang ramai tidak melepaskan peluang untuk memberi ucapan tahniah atas kejayaan tersebut.

Untuk makluman, Farhatul merupakan anak kepada bekas qari dan qariah, Allahyarham Haji Panut Markum dan Hajah Jaliah Simin.

Farhatul turut mengamalkan rutin harian membaca Al Quran selepas selesai solat fardu, selain tidak mengambil minuman berais untuk menjaga suara.

Anak bongsu daripada lima beradik itu juga mempunyai impian untuk menjadi pensyarah dan berhasrat bagi membuka kelas pengajian tarannum pada masa akan datang.

: Farhatul Fairuzah , Astro Awani

Komen


SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...