EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Nora Anne Quoirin mati akibat kebocoran usus, tiada kesan dirogol atau jenayah pada mayat

0 month ago, 16-Aug-2019

Hasil bedah siasat remaja berusia 15 tahunwarga Ireland,Nora Anne Quoirinmengesahkan punca kematian adalah disebabkan kebocoran usus yang berpunca daripada tidak makan dalam tempoh panjang.

Selain itu,pasukan bedah siasat mendapati tekanan berpanjangan dialami Nora Anne juga antara penyebab kematian remaja itu.

Mayat mangsa menjalani proses bedah siasat selama 10 jam di Jabatan Perubatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ). Bedah siasat dikendalikan oleh Pakar Patologi Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Siew Sheue Feng bersama Dr Hanif Mohammad dari HTJ selain dibantu pakar dari Jabatan Kimia.

Menurut Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Mohamad Mat Yusop, remaja tersebut meninggal dunia dalam tempoh dua ke tiga hari sebelum mayatnya ditemui.

Mangsa dipercayai mati dua sehingga tiga hari sebelum mayatnya ditemui dan tidak lebih daripada empat hari. Hasil bedah siasat juga mendapati tiada kesan dirogol. Tiada juga elemen dilarikan atau diculik, katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Negeri Sembilan.

"Terdapat kesan calar dan luka kecil pada kaki, tetapi itu bukan menyebabkan kematian mangsa," tambah beliau.

Menurutnya lagi, beberapa sampel daripada tubuh Nora Anne diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia untuk dianalisis. Siasatan masih dijalankan sebagai kes orang hilang.

Mayat remaja tersebut ditemui pada hari ke-10 misi pencarian (13 Ogos), yang melibatkan pelbagai agensi termasuk polis, tentera, bomba, Angkatan Pertahanan Awam dan juga dibantu oleh penduduk tempatan termasuk Orang Asli serta pendaki sukarelawan.

Mayat remaja itu dilaporkan ditemui di kawasan lurah berhampiran anak sungai,kira-kira 2.5 kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang olehsekumpulan pendaki yang menyertai operasi mencari dan menyelamat (SAR).

Gadis mengalami masalah pembelajaran itu dilaporkan hilang dari Resort The Dusun Pantai Hill pada 4 Ogos lalu semasa sedang bercuti bersama ibu, Maebh Jaseprine Quorin, 46, dan bapa, Sebastian Marie Philipe, 47, serta dua orang adiknya,Innes Julia, 12, dan Maurice Arthure, 8.

Menjawab mengenai pejabat pendakwa raya Perancis yang membuka siasatan jenayah terhadap kes Nora Anne, Mohamad berkata beliau tidak mengetahui mengenai perkara itu.

Bagaimanapun, pihak Perancis, Ireland dan United Kingdom terbabit dalam membantu siasatan kes ini, katanya.

Terdahulu, jurucakap Pejabat Pendakwa Raya Perancis dalam satu mesej kepada Reuters memberitahu, siasatan jenayah terhadap kes Nora itu dibuka pada 9 Ogos lalu.

Pendakwa raya Perancis dikatakan sering membuat siasatan terhadap kes membabitkan warga negara itu di luar negara.

Ibu Nora Anne berasal dari Belfast manakala bapanya adalah warga Perancis.

Mengenai mayat Nora Anne yang kini masih berada di Jabatan Forensik Hospital Tuanku Jaafar (HTJ), Mohamad berkata, keluarganya telah dibenarkan untuk menuntut mayat anak mereka pada bila-bila masa.

"Tiada tempoh masa sehingga bila mayat boleh dituntut dan mereka (keluarga) boleh tuntut pada bila-bila masa, katanya.

Bagaimanapun, setakat ini keluarga Nora Anne masih belum membuat sebarang persiapan berkenaan perkara itu.

Sementara itu, polis sudah menerima laporan tentang seorang pengguna laman sosial Twitter yang memuat naik ciapan mendakwa Nora Anne dirogol oleh Orang Asli dan usaha mengesan pemilik laman sosial terbabit sedang dijalankan.

 

 

Nora Anne Quoirin mati akibat kebocoran usus, tiada kesan dirogol atau jenayah pada mayat Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com