EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Putus Cinta Dengan Jutawan Macau, Model Malaysia Terima Ganjaran Wang Ringgit

1 month ago, 05-Nov-2019

Mandy Lieu, model kelahiran Malaysia-Amerika dikurniakan sejumlah bayaran lumayan sebagai tanda breakup fee dari teman lelakinya yang juga jutawan kasino dari Macau, Alvin Chau.

Lieu yang telah menjadi perempuan simpanan Chau selama lima tahun lamanya dilaporkan telah mendapat sekitar$38 juta sebagai pembayaran selepas wanita itu meninggalkannya.

Lieu mengakhiri hubungan itu apabila mendapat tahu usahawan berusia 45 tahun itu tidak berniat untuk menceraikan isterinya, Heidi Chan, 38 tahun.

Apabila Lieu mula dating dengan Chau pada tahun 2014, mereka mengekalkan perhubungan terbuka walhal Chau sudah memperisterikan Chan.

Hasil perhubungan gelap mereka, Lieu melahirkan tiga orang anak Chau dan telah membesarkan mereka di London. Chau mempunyai dua anak lain dengan isterinya dan anak lelaki lain dari perkahwinan sebelumnya.

Chan yang agak vokal tentang kekasih gelap suaminya telah menuntut perceraian dari Chau. Bagaimanapun, Chau enggan kerana mahu menjaga keluarganya, di samping perceraian Chan akan menjadi lebih mahal, kerana bagi Chau banyak kekayaannya diperoleh selepas mereka berkahwin.

Foto Nextshark

Ternyata membayarbekas teman wanita atau perempuan simpanan dengan hadiah mahal dan sejumlah wang selepas berakhirnya hubungan adalah perkara biasa di kalangan jutawan kaya di sana.

RUJUKAN


SUMBER : wanista.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...