EdisiViral.Com Search Guest Post Login

#Putrajaya Belon helium meletup, 16 dikhuatiri cedera

0 month ago, 12-Oct-2019

Seramai 16 orang dipercayai cedera dan melecur susulan letupan belon pada Program Kecerdasan Kementerian Pendidikan sempena Bulan Sukan Negara di Dataran Putrajaya, hari ini.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Rosly Hassan ketika ditemui mengesahkan kejadian berkenaan.

Saya baru sahaja menerima perkara berkenaan dan akan ke Hospital Putrajaya untuk mendapatkan maklumat lanjut.


Bagaimanapun, maklumat lanjut mengenai masa kejadian akan diberitahu nanti, katanya.

Beliau ditemui pada Program Keselamatan Kanak-Kanak Sahabat BIJAK Selamat dan Lindung sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia yang dirasmikan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail di Sekolah Menengah Kebangsaan Putrajaya Presint 8(1) hari ini.

SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic


loading...