EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Putera Charles disahkan positif jangkitan Virus Komunis China (COVID-19)

0 month ago, 26-Mar-2020

LONDON - Pewaris takhta Britain, Prince of Wales, Putera Charles telah disahkan positif jangkitan Virus Komunis China (COVID-19).

Jurucakap Clarence House mengesahkan berita itu dengan menyatakan Putera Charles, 71 tahun menunjukkan simptom ringan tetapi tahap kesihatannya berada dalam keadaan baik.

Kenyataan rasmi yang dikeluarkan pada 25 Mac menambah bahawa baginda kini menjalani pangasingan diri di sebuah ladang diraja di Scotland.

Isteri baginda, Duchess of Cornwall Camilla juga telah menjalani ujian saringan COVID-19 tetapi telah disahkan negatif jangkitan.

"Selaras dengan nasihat kesihatan dan kerajaan, baginda Putera dan Duchess kini sedang mengasingkan diri di kediaman mereka di Scotland," kenyataan itu memetik.

Ujian tersebut telah dijalankan oleh NHS di Aberdeenshire di mana mereka memenuhi kriteria yang diperlukan untuk menjalani ujian saringan kesihatan.

"Adalah tidak mustahil tetapi tidak dapat dipastikan dari mana baginda putera menerima jangkitan virus itu disebabkan oleh keterlibatan baginda dalam tugas awam sejak beberapa minggu kebelakangan ini, tambah kenyataan itu.

Kebanyakan warga United Kingdom hanya ditawarkan ujian Virus Komunis China (COVID-19) sebaik sahaja individu telah dimasukkan ke hospital dengan gejala yang teruk, tetapi NHS dan Kesihatan Awam United Kingdom berkata pihak mereka telah mengembangkan kapasiti ujian secara pesat.

Baru-baru ini, penduduk di tanah pedalaman dan pulau telah menggesa warga London dan penduduk bandar lain untuk tidak membawa diri ke rumah kedua mereka di kawasan terpencil Scotland untuk menjalani kuarantin atau pengasingan diri.

Ini disebabkan oleh tekanan tambahan yang akan dibawa ke atas kemudahan kesihatan awam luar bandar yang turut membawa bebanan kepada masyarakat luar bandar.

Menurut Reuters, kali terakhir Ratu Elizabeth bertemu Putera Charles adalah pada masa terawal sebelum baginda putera dijangkiti Virus Komunis China (COVID-19).

Jurucakap Istana Buckingham dalam kenyataannya, "Yang Mulia Baginda Ratu berada dalam keadaan baik. Kali terakhir baginda Ratu bertemu Putera Wales adalah selepas istiadat pengurniaan pada pagi 12 Mac.

Baginda Ratu kini mengikuti segala nasihat yang bersesuaian berkenaan keperluan kebajikannya, kenyataan itu memetik.

Putera Charles disahkan positif jangkitan Virus Komunis China (COVID-19) Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...