EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Ali Puteh, Aliff Syukri berdamai

0 month ago, 20-Mar-2020

SENGKETA antara pelawak Ali Puteh dan usahawan kosmetik Datuk Seri Aliff Syukri berakhir dalam satu pertemuan yang diadakan hari ini.

Aliff menerusi perkongsian di Instagram juga berhajat untuk bertemu ahli keluarga Ali yang lain serta mahu mengikat tali persahabatan selepas ini.

Hari ini saya berjumpa dengan Ali Puteh dan alhamdulillah, kami sudah berdamai. Kami berjumpa buat pertama kali dan saya menjadi sebagai seorang kawan kepada Ali.

Saya berharap sangat kami boleh menjadi seorang kawan dan tiada sengketa antara kami. Apapun, jika ada masa, Insya-Allah saya akan ke rumah Ali dan berjumpa dengan keluarganya juga. Saya harapkan yang terbaik untuk mereka, tulisnya.

Sementara itu, Ali pula mendoakan yang terbaik terhadap silaturahim antara mereka dan berterima kasih kepada Aliff atas usahanya itu.

Terima kasih juga kepada semua yang selalu bagi saya sokongan, terima kasih juga untuk Datuk Aliff Syukri. Diharap semua baik-baik saja, semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Apa yang buruk kita perbaiki lagi, sesungguhnya yang baik datang dari Allah, katanya di Instagram.

Ali sebelum ini kecewa dengan tindakan Aliff yang menemubual balu abangnya, Allahyarham Abam iaitu Nurhidayah yang didakwa cuba menangguk di air keruh.

Menerusi temu bual berkenaan, Nurhidayah memaklumkan terdapat beberapa kekangan yang dihadapinya selepas kematian Abam membabitkan harta peninggalan termasuk kereta yang didakwa diurus pihak keluarga Abam.

Aliff dalam satu sidang media kemudian membuat permohonan maaf secara terbuka kepada keluarga Ali dan bersedia untuk bertemu dengan pelawak itu serta ibunya.


SUMBER : hmetro.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...