www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pusat Pemulihan Dadah Holistik Dibangunkan Pada 2020

0 month ago, 10-Nov-2018


Oleh : Rohayati Ripin

KUALA TERENGGANU Kerajaan Negeri Terengganu akan membangunkan pusat pemulihan dadah secara holistik pada tahun 2020 sebagai memenuhi janji manifesto PAS pada PRU lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Dakwah dan Penerangan Negeri Terengganu, Ustaz Mohd Nor Hamzah berkata, penubuhan ini memerlukan masa sekurang-kurangnya tiga tahun untuk menubuhkan pusat tersebut yang lengkap dan berjaya.

Kita sedang buat penyusunan modul yang lengkap untuk kita laksanakan dalam pusat holistik pemulihan dadah itu nanti.

Kita akan gunakan tahun 2019 ini untuk kaji dulu tentang kedudukan penagihan dadah dalam negeri ini dan modul yang paling baik berkesan dan berjaya, ujarnya.

Beliau berkata demikian selepas program Taklimat Penerangan Muslimat di Markaz Tarbiyah Kuala Ibai pada, 8 November.

Oleh itu menurutnya, pada tahun 2020 pusat ini akan diwujudkan dalam skala kecil di daerah-daerah yang telah dipilih dengan kerjasama pihak UNISZA, Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) dan beberapa pihak lain yang berkaitan.

Tambah beliau lagi, satu pusat perkampungan yang sudah dirancang dan disusun berasaskan kaedah Islam dan menyatukannya dengan metodologi yang telah dilaksanakan.

Kita (kerajaan) pada masa itu akan ambil pendaftaran nama-nama orang nak masuk sebab pusat pemulihan dadah kita ini asas (secara) sukarela dan kehendak peribadi itu sendiri.

Rawatan berasaskan rohani, fizikal, moden dan kita akan beri kerja-kerja tertentu supaya dia (jadi) baik, katanya.

Menurut Ustaz Mohd Nor yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Payung, pusat pemulihan dadah itu akan dibuat seperti mana hospital yang mana mempunyai kawasan hijau, merah dan kuning.

Ini kawasan hijau, ini kawasan merah, bila kawasan merah kawasan penagih dadah tegar, kita pulihkan dia dulu, kemudian kita akan pindahkan dia ke kawasan kuning. Kemudian barulah kita pindah ke kawasan hijau.

Dan kita tidak bercadang untuk mengeluarkan penagih dadah atau pun bekas penagih dadah daripada kawasan tersebut sebab apabila dia balik ke kampung, biasanya dia balik dia, akan jadi penagih dadah semula.

Kita akan pindahkan dia ke tempat yang kita akan susun, jelas beliau



Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts