EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Punca Tun Mahathir Tersenarai Sebagai Ekstremist Paling Bahaya Di Dunia

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Sebut sahaja nama Tun Dr. Mahathir Mohamad, bekas Perdana Menteri keempat dan ketujuh itu antara figura yang disegani dan dikagumi ramai.

Bagaimanapun, lain jadinya di Amerika Syarikat apabila Tun Mahathir disenarikan salah seorang ekstremist paling merbahaya di dunia oleh Projek Kaunter Ekstremisme, sebuah badan bukan untung yang berpusat di New York.

Memetik laporan Coconuts, Tun Mahathir yang berusia 95 tahun itu berada di tangga ke-14 bersama-sama dengan pemimpin yang lain seperti Setiausaha Jeneral kumpulan pengganas Hizbullah, Hassan Nasrallah dari Lubnan dan sami Buddha Ashin Wirathu dari Myanmar.

Meskipun Tun Mahathir tidak bertanggungjawab ke atas mana-mana kegiatan pengganas, organisasi itu menyatakan bahawa bekas Perdana Menteri tersenarai berikutan beberapa pendapatnya menimbulkan kontroversi di peringkat antarabangsa.

Sebelum ini, kenyataan Mahathir mengenai insiden berlaku di Perancis yang menyatakan bahawa umat Islam memiliki hak untuk marah dan membunuh sekaligus mengundang kecaman di media sosial.

Selain itu, kenyataan Tun Mahathir di Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) pada 2019 menyentuh isu yang terjadi di Jammu dan Kashmir juga menyebabkan kontroversi dengan rakyat India sehingga trending tanda pagar #BoycottMalaysia.

Senarai yang dikeluarkan oleh organinasi itu menimbulkan rasa kurang senang di kalangan rakyat Malaysia dimana ada yang mengatakan AS tidak habis-habis dengan senarai mereka, individu yang menentang, mereka akan pastikan akan dipandang sebagai musuh.

SUMBER: Cocounts



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...