EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Ini Punca Lelaki Ini Bina 11 Bonggol Atas Jalan Di Terengganu

0 month ago, 14-Jan-2021
save 2.0

Baru-baru ini tular foto pembinaan 11 bonggol di satu jalan di kawasan kampung yang terletak di Besut, Terengganu apabila salah seorang penduduk membuat aduan mengenai perkara itu di media sosial.

Mana tidaknya, penduduk di situ terpaksa melalui 11 bonggol dalam satu jalan yang sama dimana dalam jarak 40 meter. Lalu satu bonggol pun dah complaint, apatah lagi 11 bonggol.

Selepas beberapa hari isu itu tular, individu dipercayai bertanggungjawab membina bonggol di Kampung Padang Luas, Jertih itu tampil memohon maaf di atas tindakannya itu.

Memetik laporan Harian Metro, lelaki berkenaan yang dikenali sebagai Nor Muhamad Roslam Harun sudah pun membuang bonggol berkenaan selepas dinasihatkan pihak polis semalam.

Pagi semalam ada pegawai polis datang jumpa saya. Beliau menasihati saya dengan elok supaya membuang semua bonggol tersebut.

Jadi semalam juga saya upah sebuah jentolak untuk meratakan semua 13 bonggol termasuk dua bonggol asal yang ada di situ, katanya.

Mengakui kesilapannya, lelaki itu berkata dia membina bonggol berkenaan kerana terganggu dengan bunyi kenderaan yang melalui jalan berkenaan yang dekat dengan bilik tidurnya.

Katanya lagi, dia juga mempunyai masalah kesihatan gangguan mental namun masih belum mendapatkan rawatan. Menurutnya lagi, dia membelanjakan M1,080 daripada pengeluaran wang i-Sinar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk membina bonggol-bonggol tersebut.

SUMBER: Harian Metro



SUMBER : gulapop.com



Live Website Traffic


loading...