EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

PAS Pulau Pinang mahu rampas kerusi Permatang Pauh

0 month ago, 14-Sep-2020


KOTA BHARU: PAS Pulau Pinang beriltizam untuk merampas kerusi Parlimen Permatang Pauh dalam Pilihan Raya Umum (PRU) yang akan datang demi untuk memastikan suara Islam dapat ditegakkan di negeri itu.

 

Menurut pembahas mewakili negeri itu, Nor Azman Ishak, tuntutan tersebut selari dengan Ucapan Dasar Presiden PAS dalam Muktamar Tahunan parti itu yang membawa agenda Islam Memperkukuh Perpaduan.

 

Jelas Nor Azman, dalam usaha memastikan agenda yang dibawa menjadi sebuah realiti, konsep Islam adil untuk semua termasuk semua kaum adalah konsep dan strategi paling ampuh yang dimiliki PAS.

 

Justeru itu, kata Nor Azman Muafakat Nasional (MN) adalah satu platform yang perlu diperkasakan oleh semua ahli PAS yang menurut beliau kebelakangan ini sedikit hambar di sesetengah negeri dan kawasan akibat faktor-faktor lain.

 

Kita perlu faham dan yakin, matlamat kita untuk bermuafakat adalah untuk perpaduan, kalau kita fikir muafakat ini untuk habuan, sudah semestinya akan hilang keikhlasan dan kita akan mula bergaduh, berebut kerusi dan sebagainya.

 

Itu yang kita harapkan, supaya semua parti komponen perlu ikhlas dan berbalik kepada niat asal kita bermuafakat iaitu untuk penyatuan, ujarnya ketika membahas Ucapan Dasar Presiden PAS di Muktamar PAS kali yang ke-66 di Pusat Tarbiyah Islamiyah Kelantan (PUTIK) di sini, hari ini.

 

Mengulas lanjut, jelas Nor Azman, PAS perlu mengambil iktibar kemenangan Pakatan Harapan (PH) dalam PRU lalu tidak sepatutnya berulang kembali menjadi mimpi ngeri.

 

Justeru itu, Muafakat Nasional adalah senjata ampuh untuk mengangkat konsep yang dibawa PAS selain PAS perlu memperkukuhkan saf demi menghadapi PRU akan datang.

 

Sudah semestinya kita perlu mendominasi politik tanah air untuk membawa suara Islam. Jadi, mahu atau tidak, sekurang-kurangnya kita perlu bertanding 40 kerusi Parlimen untuk kita menjadi king maker.

 

Begitu juga Pulau Pinang, kita tidak mahu ketinggalan, kita juga mahu menghantar sekurang-kurangnya satu kerusi Ahli Parlimen yang kita sasarkan, iaitu untuk mengembalikan kerusi Parlimen yang pernah menang pada tahun 1978, yang diwakili oleh Tuan Guru Zabidi Ali, iaitu kerusi Permatang Pauh, jelasnya.

 

HARAKAH DAILY


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...