EdisiViral.Com Search Guest Post Login

52 NGO Pulau Pinang hantar memorandum bantah projek tambakan laut kepada PM

0 month ago, 11-Jul-2019


Persatuan Melayu Pulau Pinang (Pemenang), Ikatan Kelab-Kelab Melayu Negeri Pulau Pinang (Ikatan), Pertubuhan Amanah Warisan Melayu Pulau Pinang (Pewaris) dan 49 Persatuan serta NGO Melayu Negeri Pulau Pinang membantah projek tambakan laut di Selatan Negeri Pulau Pinang.

Sejajar dengan itu satu memorandum telah dikemukakan untuk rujukan dan pertimbangan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad merangkap Pengerusi Majlis Perancangan Fizikal Negara (MPFN) agar kerajaan Pusat membatalkan projek tambakan laut diperairan selatan negeri Pulau Pinang serta menilai semula Pelan Induk Pengangkutan Negeri Pulau Pinang.

Menurut Presiden Pemenang, Tan Sri Yussof Latiff, memorandum tersebut turut menyatakan mengenai kesan-kesan negatif yang bakal dihadapi oleh rakyat Pulau Pinang, Kedah dan Perak sekiranya projek tambakan laut tersebut diteruskan.


Jelasnya lagi, projek mega Penang South Reclamation atau PSR tersebut seharusnya ditolak kerana ia akan memusnahkan kawasan yang terkaya dengan sumber perikanan di negeri ini serta mengancam kehidupan 4,817 nelayan.

Nelayan-nelayan telah membantah berulang kali termasuklah bantahan yang terbesar yang diadakan oleh 1,500 nelayan mewakili 14 Persatuan di Pantai Sungai Batu, Teluk Kumbar pada tahun 2015 serta awal tahun 2019

Dasar laut (benthic zone) akan dikorek dan musnah, sepertimana yang telah berlaku dalam projek tambak pantai utara, nelayan di Pulau Pinang dan 6,080 nelayan di Perak akan turut menjala lumpur dan batu-batan serta mengalami kerosakan pada pukat mereka.

Alam sekitar pantai Permatang Damar Laut, Gertak Sanggul dan Teluk Kumbar yang mana ianya merupakan perkampungan tradisi masyarakat Melayu akan turut rosak kesan penambakan dan pencemaran tersebut, tegasnya yang juga merupakan Presiden Ikatan dan Pewaris.

Beliau juga berkata habitat pantai dan hidupan bawah air akan musnah apabila tempat membiak Penyu Lipas (Olive Ridley Turtle) yang tersenarai oleh IUCN sebagai spesis terancam (vulnerable) dan taman permainan ikan lumba-lumba (Indo-Pacific Humpback Dolphin)
dan (Indo Pacific Finless Porpoise) akan tergugat.

Selain itu ujarnya, projek ini juga tidak menghiraukan alam sekitar dalam menghadapi krisis iklim apabila projek tambakan laut ini menjana tambahan 3.2 juta tan pelepasan karbon tahunan dan ianya bertentangan dengan sasaran sebanyak 40 peratus pengurangan, projek  tambak laut tersebut.

Sehubungan itu katanya, strategi pembangunan lestari yang berhemah kewangan dan inklusi sosial harus dilaksanakan kerana ia akan membawa pertumbuhan ekonomi yang mantap dan menjadi tanggungjawab untuk mewariskan bumi yang lebih baik bagi generasi masa kini dan mendatang.


SUMBER : penangkini.com



Live Website Traffic





www.edisiviral.com