www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Pulau Pinang Diminta Lunas Tunggakan Gaji Berjumlah RM398,000

0 month ago, 06-Dec-2018


Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) dalam mesyuarat kali kesembilan bagi penggal 2017-2021 pada 3 Disember 2018 telah mengarahkan Persatuan Bolasepak Pulau Pinang (FAP) membayar tunggakan gaji dan elaun perumahan yang melibatkan 6 pemain mereka.

Mereka dikehendaki menjelaskan tunggakan itu dalam tempoh 30 hari dari tarikh penerimaan keputusan ini kepada bekas pemain skuad kebangsaan, Norhafiz Zamani Misbah (RM78,000),Mohd Alafi Mahmud (RM38,000), Muhammad Al-Hafiz Hamzah (RM54,000) danMohd Lot Abu Hassan (RM33,000).

Malah dua bekas pemain Selangor, Mohd Fitri Shazwan dan Mohd Raimi Md Noor turut mempunyai tunggakan gaji berjumlah RM195,000 daripada pihak FAP.

Menurut pengerusi Jawatankuasa Status FAM, Mohd Joehari Ayub, sebarang deposit dan hadiah penyertaan akan diberikan terus kepada pemain itu jika mereka enggan melunaskan tunggakan tersebut.

Jika mereka gagal membayar jumlah dinyatakan dalam tempoh yang ditetapkan, apa-apa deposit penyertaan Pertandingan, hadiah wang tunai atau apa-apa sahaja kewangan Responden yang masih berbaki di FAM akan dibayar terus kepada Pengadu-pengadu.

Perkara ini akan dibawa ke Jawatankuasa Tatatertib FAM di bawah Artikel 67 Kod Tatatertib FAM untuk pertimbangan dan keputusan rasmi jika sumber kewangan yang dinyatakan di atas masih tidak mencukupi, katanya dalam satu kenyataan.

Keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Status FAM Kali Kesembilan Bagi Penggal 2017-2021Jawatankuasa Status Persatuan

Posted by Football Association of Malaysia (Official) onWednesday, December 5, 2018

Selain Pulau Pinang, PDRM FA juga dikehendaki membayar tunggakan gaji berjumlah RM522,000 kepada 12 pemain mereka dalam tempoh 30 hari daripada tarikh penerimaan keputusan ini.

FAM turut mengarahkan Kelab Bolasepak Kementerian Kewangan Malaysia (MOF) membayar pampasan kontrak berjumlah RM51,000 kepada dua pemainnya.Kelab Bolasepak Terengganu City juga perlu membayar tunggakan gaji kepada 4 pegawai mereka.


SUMBER : semuanyabola.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts