www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


3 Pulau cantik yang menjadi tarikan pelancong di Sabah

0 month ago, 17-Mar-2019


Assalamualaikum dan Selamat sejahtera,

Ini merupakan kisah kami bercuti di Sabah. Sempat kami lakukan aktiviti di pulau-pulau cantik di Sabah yang mana yang menjadi perhatian pelancong dalam dan luar negara. Malangnya aku tak ingat tarikh bila kami pergi, cuma bolehlah cerita apa aktiviti seharian yang kami buat di pulau-pulau cantik di sabah.

Awal pagi keluar rumah kami singgah sarapan di satu kedai mamak. Nama kedai tersebut “Mamak Corner”. Makan apa yang patut sebelum gerak ke pelabuhan. Ada yang order roti kosong, mee goreng dan lain-lain sebagai alas perut untuk beraktiviti di pulau nanti.

Selesai sarapan, kami bergerak ke jeti pelabuhan. Sementara itu, kami menunggu kawan-kawan yang lain (ahli keluarga nasrun) untuk join trip pulau. Semua dah berkumpul, kami ke bot untuk mulakan trip kami.

Masing-masing dah pakai baju keselamatan. Tour guide dan pemandu bot pun sudah bersedia. Dan kami bergerak ke pulau pertama. Masing-masing baca doa hanya di dalam hati.

kami di atas bot

Pulau pertama yang kami pergi adalah Pulau Tatagan yang mana penghuninya stateless (takde dokumen) yang duduk di rumah atas air berhampiran dengan pulau tersebut. Cumanya kami tidak pergi ke pulau tersebut hanya melawat stateless sahaja.

Pulau Tatagan

Penghuninya pun tak ramai. Saat kami tiba, ada beberapa orang kanak-kanak menghampiri bot kami. Menyapa dengan baik. Maklumlah mereka hidup susah, sambil menyapa mereka hulurkan tangan untuk minta bantuan. Kesian pun ada kami tengok. Kami pun bergegas pergi ke pulau seterusnya.

Pulau kedua ialah Pulau Bohey Dulang. Di pulau ini yang kami lama. Tujuannya adalah untuk mendaki Bukit Bohey Dulang tersebut. Tinggi bukit tersebut 600M. Sebelum mendaki, sempatlah kami berdoa dengan tujuan untuk dipermudahkan keselamatan dan kami ambil masa untuk sampai ke puncak lebih kurang 1 jam.

Pulau Bohey Dulang

Sepanjang perjalanan mendaki, adalah juga beberapa kali kami berhenti. Maklumlah, dah lama tak mendaki, tiba-tiba je kawan ajak mendaki. Itu yang semput. hahaha. Sampai di puncak, Subhanallah cantik sungguh pemandangan dari atas. Selepas kami tiba di puncak, ada beberapa kumpulan lagi yang sampai. Sungguh ramai. Sementara itu, Kami ambil beberapa keping gambar dan berswafoto, kami pun turun. Selesai di pulau tersebut.


Pulau ketiga yang kami pergi ialah Pulau Sibuan. Di pulau ini, aktiviti kami hanyalah bermandi-manda. Persisiran pulau ini sangatlah cantik dan air lautnya pun bersih dan jernih. Ramai juga pelancong yang singgah di pulau tersebut untuk mandi.

Pulau Sibuan

Walaubagaimanapun kami tidak lupa untuk dirikan yang wajib. Ambil wudu kemudian dirikan solat jama’ zohor dan asar. Selesai semua, kami sambung mandi dan jamah makanan tengahari yang kami beli siap-siap di tepi jalan.

Kami sangat seronok pada hari itu. Dah hiking, dah mandi. Menjelang tengahari, kami pun pulang ke jeti pelabuhan. Itu sahaja kisah di 3 pulau yang kami pergi. Disambut dengan riang dan mengakhirinya dengan keseronokan.

Semoga bermanfaat dan jangan lupa share ya.




SUMBER : denaihati.com


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts