EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Kes pukul gadis: Suspek sudah ditahan, polis syak rebut pakwe punca gaduh

0 month ago, 04-Apr-2021

Selepas video beberapa remaja perempuan didakwa memukul seorang remaja perempuan tular di media sosial, pihak polis sudah menahan beberapa suspek yang datang menyerah diri di Ibu Pejabat Polis (IPD) Tanah Merah Kelantan.

Menerusi Harian Metro, Ketua Polis Daerah Tanah Merah, Deputi Superintendan Zainuddin Md Yusuf berkata, enam remaja perempuan dan empat lelaki berusia 14 hingga 17 tahun tampil menyerah diri sebaik hebahan mengenai mereka dilakukan.

Lapan daripada remaja itu masih bergelar pelajar manakala dua sudah berhenti sekolah dan semua tangkapan dibebaskan hari ini dengan jaminan polis selepas keterangan selesai diambil.
Seorang daripada mereka didapati positif dadah jenis methampethamin dan punca pergaduhan disyaki disebabkan berebut teman lelaki, katanya ketika dihubungi.

Ketua Polis Tanah Merah juga menambah bahawa kertas siasatan akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya (DPP) bagi arahan lanjut.

Manakala kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 147 atas kesalahan merusuh.

Sebelum ini, video menunjukkan tiga orang remaja perempuan membelasah seorang lagi rakannya tular di Twitter apabila dimuat naik oleh seorang pengguna media sosial dikenali sebagai nabilfikran10.

Menerusi rakaman tersebut, terdengar salah seorang daripada mereka meminta tidak merakam aksi gangster tersebut namun akhirnya tersebar juga.

Kes berebut boyfriend.

Kata jangan rakam, jangan post tapi tersebar jugak video buli. pic.twitter.com/YvPgAQ2daJ

Bella Hadidnt (@nabilfikran10) April 2, 2021

Wajah pelaku juga telah ditularkan oleh netizen di media sosial mengambil daripada tangkapan skrin salah seorang suspek yang memukul remaja perempuan yang menjadi mangsa belasahan mereka.

: Harian Metro (Siti Rohana Idris), nabilfikran10



SUMBER : ohmymedia.cc



Live Website Traffic


loading...