EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Puding Roti Coklat Yang Sangat Sedap, Sukat Guna Cawan Jer

0 month ago, 24-Jun-2020

Bagi yang tiada penimbang, boleh try buat puding roti coklat ni. Hanya guna sukatan cawan je. Senang je uols. Cubalah buat. Sedap sangat puding roti coklat ni.

PUDING ROTI COKLAT

BAHAN-BAHAN
15 keping roti sandwic
2 sudu besar mentega
4 biji telur ayam
3/4 cawan gula
1 sudu kecil esen vanila
1/4 cawan serbuk koko
1/2 sudu kecil serbuk nescafe
2 sudu besar tepung jagung
2 cawan susu segar
1 cawan susu coklat
Hiasan pilihan

CARA MEMBUAT
1. Potong roti kepada beberapa bahagian kecil.
2. Kemudian masukkan roti ke dalam loyang yang telah disapu dengan sedikit minyak masak atau mentega. Ketepikan.
3. Di dalam bekas lain, satukan mentega, telur ayam, esen vanila dan gula. Kacau sebati.
4. Tambahkan serbuk koko, serbuk nescafe dan tepung jagung. Adun rata.
5. Masukkan pula susu segar dan juga susu coklat. Kacau sebati.
6. Kemudian tuangkan ke dalam loyang yang mengandungi roti tadi.
7. Tekan-tekankan sedikit roti tersebut agar padat dan sebati. Taburkan hiasan pilihan.
8. Rehatkan adunan selama 30 minit sebelum bakar.
9. Panaskan oven. Bakar pada suhu 180C selama 1 jam. Setelah masak, biarkan adunan sejuk sebelum dipotong.

Kredit Resipi: Farisha Sofea

Nak dapatkan peralatan memasak yang baru? Semuanya menarik, jom klik link ni untuk cuci mata. Mana tahu ada yang berkenan kan? Klik sini.

Puding Roti Coklat Yang Sangat Sedap, Sukat Guna Cawan Jer RASA.

(Visited 1 times, 1 visits today)

SUMBER : rencahrasa.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...