www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Nak buka puasa sama2, penduduk taman gigih bawa potluck & bentang tikar depan rumah

0 month ago, 14-May-2019


Berbuka puasa atau iftar merupakan saat paling ditunggu-tunggu oleh setiap umat Islam pada bulan Ramadan. Lebih menyeronokkan apabila berbuka puasa secara beramai-ramai.

Menerusi perkongsian yang dilaporkan di Sinar Harian, masyarakat di kawasan Taman Perumahan Generasi Baru Felda (PGBF) Anggerik 2 Felda Pasoh 1, di Simpang Pertang, Jelebu telah berbuka puasa bersama jiran tetangga di hadapan rumah masing-masing.

Menurut wakil penduduk di kawasan perumahan tersebut, Mohd Tarmizi Mohd Hanifah, idea berbuka bersama ini dirancang dua hari sebelum acara bermula.

Setiap daripada keluarga akan membentang tikar di hadapan rumah dan membawa makanan secara potluckuntuk dimakan bersama jiran-jiran.

Tambahnya lagi, aktiviti berbuka puasa ini bukan hanya sekadar berbuka sahaja, malahan dapat mengeratkan lagi silaturrahim antara jiran tetangga.

Aktiviti suka-suka tersebut mungkin akan diteruskan lagi pada setiap minggu untuk memberi rasa keseronokkan sesama penduduk dikawasan perumahan memandangkan unit kediaman di taman itu tidaklah begitu banyak.

Menerusi ruangan komen sumber, rata-rata netizen berasa seronok dan teruja melihat aktiviti sebegitu yang kelihatan santai. Mereka turut berharap agar dapat merasai pengalaman seperti itu juga.

: Sinar Harian

Komen




SUMBER : ohmymedia.cc


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts