EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Buka Puasa Di Knowhere Bangsar Kembalikan Nostalgia Balik Kampung

0 month ago, 06-Apr-2021

Pejam celik pejam celik, kita bakal memasuki bulan mulia, Ramadan Al-Mubarak. Macam mana persiapan anda semua nak berpuasa nanti? Kalau rasa nak berbuka luar nanti, boleh pertimbangkan restoran di bawah ini. Juadah mereka memang memikat sampaikan teringat kat kampung.

Knowhere Bangsar,sebuah restoran gabungan moden kontemporari, kini memperkenalkan promosi terbaru sempena bulan puasa iaitu Berbuka Di Kota. Mereka menyediakan dua set makanan etnik yang patut cuba dari Pantai Timur & Pantai Barat.

Menariknya, Knowhere Bangsar membawa anda pengalaman berada di kampung halaman dengan menghantar makanan kegemaran anda terus ke depan pintu.

Jika anda memilih untuk berbuka puasa dan menjamu selera dengan hidangan yang mereka sediakan, anda akan disajikan dengan makanan khas dari pelbagai negeri dengan keunikan warisan yang di miliki.

Berbuka Di Kota, Set Pantai Timur

Set Pantai Timur menyediakan hidangan yang sangat menyelerakan dan kembalikannostalgia balik kampung.

Foto Knowhere Bangsar

Antaranya, Pais Ikan Siakap, Ayam Perchik, Harimau Menangis Bakar, Kerbau Mangga Urap Kelapa, Ulaman, Nasi Jasmin Bunga Telang, Nasi Dagang dan aneka kueh.

IKLAN

Foto Knowhere Bangsar
Foto Knowhere Bangsar
Foto Knowhere Bangsar

Untuk set ini, harganya RM178.60 dan sesuai untuk dihidangkan kepada 2 hingga 4 orang.

Berbuka Di Kota, Set Pantai Barat

Set Pantai Barat, tak kurang hebatnya. Yang dah lama tak balik kampung, penulis pasti anda akan terubat rasa rindu bila menikmati sajian ini.

Foto Knowhere Bangsar

Antara sajian menyelerakan yang disediakan dalam set Pantai Barat adalah Ayam Salai Lemak Podeh, Kari Kambing, Barramundi Botok Botok, Pacheri Nanas, Ulaman, Nasi Minyak, Pulut Kuning Serunding dan Aneka Kueh.

Foto Knowhere Bangsar
Foto Knowhere Bangsar
Foto Knowhere Bangsar

Untuk set ini, harganya RM178.60 dan sesuai untuk dihidangkan kepada 2 hingga 4 orang.

Menu berbuka Ramadhan kami tersedia dari 13 April 2021 hingga 12 Mei 2021 dan hanya untuk dibawa pulang dan dihantar. Hari terakhir untuk membuat pesanan anda adalah 7 Mei 2021.

Penghantaran disediakan hingga ke kawasan seperti Putrajaya, Shah Alam, dan Rawang, dengan bayaran penghantaran dikenakan. Tempahan boleh dibuat melalui WhatsApp di talian +60102202358

Ramadan Al-Mubarak!



SUMBER : wanista.com



Live Website Traffic


loading...