EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PRU15: Umno yakin rampas Terengganu daripada PAS

0 month ago, 25-Nov-2021



PETALING JAYA: Umno Terengganu yakin dapat menawan kembali negeri itu sekali gus merampas tampuk pimpinan daripada kerajaan PAS.

Timbalan Ketua Umno negeri, Din Adam, berkata keyakinan itu berpandukan kepada keinginan dilontar dan disuarakan rakyat Terengganu.

Katanya, kesediaan Umno Terengganu untuk merampas pentadbiran negeri itu daripada pimpinan PAS juga seiring pendirian parti berkenaan yang ingin bertanding solo pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, Umno melihat desakan dan keluhan rakyat bawahan dan mereka bersedia untuk menyokong Barisan Nasional (BN) kembali mentadbir Terengganu.

Jadi kita sebagai jentera pimpinan parti di peringkat negeri memang bersedia untuk menyahut kehendak yang telah dilontar dan disuarakan oleh masyarakat bawah, katanya menurut laporan Astro Awani.

Bagaimanapun, Din berkata, Umno menyerahkan kembali mandat kepada rakyat untuk menilai dan memilih pemimpin yang mampu mentadbir dan membela nasib mereka.

Pada masa sama, Umno optimis untuk merebut kembali kerusi yang pernah dimenangi parti itu bagi membentuk kerajaan yang stabil.

Terengganu mempunyai 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 22 daripadanya dimenangi PAS manakala Umno menang 10 kerusi.

Di peringkat Parlimen, PAS menang enam daripada lapan kerusi, dua milik Umno namun kerusi Hulu Terengganu beralih kepada Bersatu apabila penyandangnya Rosol Wahid keluar parti pada Dis 2018 - FMT.


............oo000oo........... 
PENAFIAN1Media.my mengamalkan dan percaya kepada hak kebebasan bersuara selagi hak tersebut tidak disalahguna untuk memperkatakan perkara-perkara yang bertentangan dengan kebenaran, Perlembagaan Persekutuan dan Undang-Undang Negeri dan Negara. Komen dan pandangan yang diberikan adalah pandangan peribadi dan tidak semestinya melambangkan pendirian 1Media.my berkenaan mana-mana isu yang berbangkit.


SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...