EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

PRU14: PAS parti yang mendapat undi tertinggi?

0 month ago, 06-Apr-2021


Kalau dilihat jumlah undi yang diperolehi di PRU14 maka Parti PAS satu-satunya Parti yang memperolehi undi terbanyak iaitu 2,043,159 kerana BN dan PH diwakili oleh beberapa Parti.

BN yang diwakili oleh 14 Parti hanya mendapat 3,624,921 undi manakala PH yang diwakili oleh 4 Parti pula mendapat 5,685,252 undi. Jika dipecahkan mengikut Parti dalam gabungan BN atau PH maka semestinya ia tidak dapat mengatasi undi PAS yang bertanding sendirian.

PAS memperolehi lebih banyak undi dari Parti UMNO tanpa gabungan BN maka tentulah layaknya PAS mendominasi dalam penyatuan ummah. Cadangan TSAM supaya wujudnya MN 2.0 yang diterajui PAS adalah satu cadangan yang amat baik dan sempurna.

Mungkin Ahli UMNO tidak mahu bersama PN kerana PPBM menjadi ketua gabungan atas sebab sejarah pengkhianatan dan begitu juga PPBM yang tidak mahu berada dibawah UMNO maka jalan penyelesaiannya adalah mewujudkan satu gabungan baru dimana PAS menjadi Pengerusi / President dan UMNO, PPBM dan Parti lain menjadi Naib Pengerusi / Naib President.

Di PRU15 kita perlu bergabung jika mahu mendapat sokongan majority rakyat dan memenangi 2/3 Majority dalam Parlimen. Pengorbanan merupakan perkara wajib bila bercakap berkenaan Penyatuan Ummah atau Perjuangan maka bertolak ansurlah dalam semua perkara. Penyatuan Ummah melebihi kepentingan peribadi dan parti kerana Penyatuan Ummah adalah perintah Allah SWT.

#JebonNate



SUMBER : 1media.my



Live Website Traffic


loading...