www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Promosi beli 1 percuma 1 aiskrim Baskin-Robbins, daripada hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tahun 2019!

0 month ago, 17-Apr-2019


Berita baik buat penggemar aiskrim Baskin-Robbins sekalian. Bagi menyambut ulangtahun ke-31, jenama aiskrim popular berkenaan membuat promosi istimewa ; beli 1 percuma 1 daripada hari Isnin hinggalah hari Jumaat.

Promosi berkenaan yang bermula pada 15 April lalu, dihebahkan menerusi laman rasmi Baskin-Robbins di Facebook semalam. Waktu promosi pula difahamkan bermula jam 12 tengah hari hingga 3 petang.

Anda boleh membeli satu sudu aiskrim (dalam kon atau cawan sahaja, tidak termasuk kon waffle) ataupun minuman teh sejuk.

Jangan lupa bahawa Baskin-Robbins 31 juga menawarkan double junior scoop untuk satu harga sempena promosi Pink Wednesday yang sedang berlangsung.

Apa yang seronoknya, promosi ini akan berlangsung sehingga penghujung tahun ini, termasuklah pada hari cuti umum di kesemua cawangan Baskin-Robbins di seluruh negara. Dapatkan segera ya!

: brmalaysia/Instagram,Says, Baskin-Robins/Facebook

Promosi beli 1 percuma 1 aiskrim Baskin-Robbins, daripada hari Isnin hingga Jumaat sepanjang tahun 2019! Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts