EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

Promosi Album Baru, Wajah Yuna di Times Square, New York

5 month ago, 13-Jul-2019

KUALA LUMPUR: Penyanyi Malaysia yang melakar nama di peringkat antarabangsa, Yuna nyata mencipta sejarahnya yang tersendiri apabila sebuah papan iklan lampu diod pancaran cahaya (LED) muncul di tengah-tengah kota metropolitan Times Square, New York, Amerika Syarikat dengan memaparkan wajahnya selain mempromosi album terbaharunya, Rouge.

Rouge yang merupakan album keempat penyanyi dengan nama sebenar Yunalis Zarai itu dilancarkan pada Jumaat.



Entri Yuna di akaun Instagram miliknya menerima ribuan komen daripada barisan selebriti dan juga peminatnya dari dalam dan juga luar negara Uncle Sam itu atas siaran iklan yang dibawakan khas oleh platform penstriman muzik popular dunia, Spotify.

Melalui kapsyen ringkas, Yuna menulis:

From KL to the WORLD!, ITS ROUGE DAY EVERYWHERE AND ITS DEFINITELY ROUGE DAY IN TIMES SQUARE NYC1 ROUGE OUT NOW! Also go take photos there and tag me! #yunarouge thanks @spotify

 

View this post on Instagram

 

From KL to the WORLD! ITS ROUGE DAY EVERYWHERE AND ITS DEFINITELY ROUGE DAY IN TIMES SQUARE NYC! ??? ROUGE OUT NOW!! Also go take photos there and tag me!! #yunarouge thanks @spotify!

A post shared by Yuna ?? (@yuna) on

Antara selebriti yang meninggalkan komen melalui muat naik status penyanyi berusia 33 tahun itu adalah penyanyi dari Indonesia, Datuk Rosa Roslaina Handiyani atau lebih dikenali sebagai Rossa, Afghan Syahreza, Anggun Cipta Sasmi atau Anggun.

Tidak ketinggalan selebriti dari Malaysia antaranya, Wany Hasrita, Sharifah Amani, Sharifah Sofia, Shalma Ainaa dan Daiyan Trisha.

Rata-ratanya meninggalkan komen tahniah atas kejayaan Yuna dengan pelancaran album Rouge yang disifatkan Yuna sebagai vibe rekod lama seperti tahun 80-an dan 90-an.




 

View this post on Instagram

 

Say hi to ROUGE ? #ROUGE will be here on 7/12 (July 12th)! ??? Pre-order it now: https://Yuna.lnk.to/Rouge Album cover shot by @steventaylor Visuals by me ????????????! #teamyuna2019 #yunarouge

A post shared by Yuna ?? (@yuna) on

Rossa melalui akuan Instagram miliknya dengan nama itsrossa910 serta Afghan melalui afgansyah.reza menitipkan komen so pround of you!!

Anggun pula menerusi akaunnya, anggun_cipta menyatakan Oh WOW!! Now that’s impressive. Kudos dearest sebelum dibalas Yuna dengan thanks anggun!! love u.

Sharifah Amani turut meninggalkan komen, MasyaAllah how beautiful. Congratulations manakala pengacara, Shalmaa Aina pula dengan komen, OMG EPIC! so proud of you. Malaysia represent Yuna.

Terdahulu, menurut Yuna, Rouge bermaksud merah dalam Bahasa Perancis yang menandakan cinta, semangat dan kekuatan.

Rouge turut menampilkan lagu hasil kolaborasi dengan nama-nama besar industri muzik antarabangsa terkenal, termasuk G-Easy, Jay Park, Kyle dan Tyler, The Creator.





SUMBER : bazookapenaka.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...