EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Proklamasi Darurat: Terus Trending Di Twitter, Ini Suara-Suara Netizen

0 month ago, 12-Jan-2021
save 2.0

Nampaknya tahun 2021 dilihat lebih mencabar daripada tahun 2020 selepas Malaysia masih lagi ‘berperang’ melawan virus COVID-19.

Seperti yang kita maklum, pada 11 Januari lalu Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) buat enam negeri serta Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Perintah Kawalan Pergerakan Permulihan (PKPP) di beberapa negeri.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hot FM ???????????????????????? (@hotfm976)

Namun pada 12 Januari, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekali lagi telah mengumumkan bahawa Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah telah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal.

Disebabkan dua berita ini, ramai rakyat Malaysia sudah mulai bimbang dengan aktiviti harian serta tidak keruan memikirkan bagimana untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Menerusi pantauan media sosial, rakyat Malaysia rata-rata mula bersuara, meluahkan perasaan mereka tentang PKP dan pengisytiharan darurat ini.

Risau juga esok dah mula buat Dalgone Coffee, berebut beli roti dekat pasaraya.

Mungkin ada hikmah disebalik PKP 2.0 yang mana akan membuatkan kita semua lebih menghargai masa yang ada.

Diharapkan dalam masa dua minggu ini, kes harian Cocid-19 akan berkurangan dan kehidupan kita dapat kembali seperti dulu

Kekal berada di rumah dan jangan ke mana-mana jika tidak perlu!

foto: Twitter

Proklamasi Darurat: Terus Trending Di Twitter, Ini Suara-Suara Netizen first appeared on Hot FM.



SUMBER : hotfm.com.my



Live Website Traffic


loading...