EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol Mineral Gara-Gara Sayang Nak Buang. Penjagaan Pun Lagi Mudah

0 month ago, 25-Nov-2021

Kita memang selalu beli air mineral untuk minuman dan botolnya, sama ada kita buang atau kita simpan untuk dikitar semula.

Dari terkumpul dan terbiar saja di rumah elok juga kalau digunakan semula botol ini untuk tanam sayur sekitar rumah. Dapat juga jimat sedikit sebanyak belanja dapur, tambah pula harga sayur sekarang mahal.

Idea ini juga dilakukan oleh Amb Jerome. Gara-gara sayang nak buang botol mineral 1.5 L ini botol-botol ini dikumpul dan dijadikan bekas tanam sayur.

Menariknya tanam sayur dalam botol ini ada kelebihannya. Kata Amb ia lebih mudah senang dijaga, letak baja, siram dan merumput.

Projek sayur dalam botol mineral 1.5 L

Tuaian pertama sayur bayam merah. Sejak PKP 2 bulan saya mula tanam sayur dalam botol 1.5L. Sayang betul nak buang botol-botol ni. Ada kangkung, bayam putih, bayam merah. Bayam dah boleh dituai.

Kelebihan tanam dalam botol mineral ini senang dari segi penjagaan, letak baja, siram dan merumput.

Ini first batch saya try tanam. Saya semai benih terus dalam botol tapi terlalu banyak. Saya terpaksa cabut dan pisahkan letak dalam botol lain.

Medium yang diguna tanah merah campur tanah kompos. Siram setiap pagi dan petang siram. Selang 3 hari siram dgn baja AB. Saya pakai baja AB leafy juga.

Dah boleh tuai hasil.

Semoga bermanfaat.

: Amb Jerome

Buat Projek Tanam Sayur Dalam Botol Mineral Gara-Gara Sayang Nak Buang. Penjagaan Pun Lagi Mudah Vanilla Kismis.



SUMBER : vanillakismis.my



Live Website Traffic


loading...