EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Program Perantisan PERKESO Pemerkasa: Insentif Perantis Baru RM800

0 month ago, 08-Apr-2021

Para belia yang masih belum mempunyai pekerjaan adalah digalakkan untuk memohon Program Perantisan PERKESO yang dilaksanakan di bawah Program Strategik Memperkasa Rakyat dan Ekonomi(Pemerkasa).

Untuk makluman, Program Perantisan PERKSEO di bawah Pemerkasa ini adalah program yang ditambah baik dibawah PenjanaKerjaya 2.0 yang dilaksanakan sebelum ini setelah mengambil kira maklum balas daripada pihak industri.

Program Perantisan PERKSEO di bawah PenjanaKerjaya 2.0 sebelum ini menawarkan insentif sebanyak RM1000 sebulan bagi tempoh 3 bulan sahaja.

Namun, Program Perantisan PERKSEO dibawah Pemerkasa telah ditambah baik bagi tempoh 6 bulan bagi memastikan latihan yang diberikan lebih panjang dan mencukupi.

Insentif & Tarikh Permohonan

Butiran insentif dan tarikh permohonan mengikut program adalah seperti berikut:

ProgramTempohJumlah InsentifTarikh Permohonan
Program Perantisan Asal
(PenjanaKerjaya 2.0)
3 bulanRM1,000
Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Permohonan Baru) 6 bulanRM8001 April 2021
Program Perantisan PERKESO Pemerkasa (Lanjutan daripada Perantisan Asal) 3 bulan + 3 bulan lanjutanRM1,000 (3 bulan pertama)

RM600 (3 bulan lanjutan)

15 April 2021

Syarat Permohonan

Untuk para majikan, syarat permohonan yang dikenakan adalah seperti berikut:

  1. Majikan yang menggajikan seseorang graduan atau lepasan sekolah yang berumur di antara 1830 tahun.
  2. Majikan boleh menggajikan manamana Perantis yang mengikuti Program Perantisan yang dilaksanakan oleh syarikat dan badan-badan berkanun yang diasingkan saran daripada Sistem Saraan Kerajaan.

Untuk perantis pula, syarat permohonan adalah seperti berikut:

  1. Calon yang digajikan hendaklah merupakan dari kalangan lepasan sekolah; atau
  2. Graduan yang masih menganggur dan tidak mempunyai pekerjaan yang tetap.

Syarat Kelayakan

Selain syarat permohonan, majikan juga perlu memenuhi syarat kelayakan iaitu:

  1. Majikan yang mengambil perantis di bawah PenjanaKerjaya layak memohon untuk pekerjanya menjalani latihan semula atau peningkatan kemahiran berdasarkan keperluan pekerjaan atau perusahaan berkenaan.
  2. Hanya kursus yang dikenalpasti bersesuaian dengan keperluan industri akan diluluskan.
  3. Setiap perantis yang tersenarai di bawah PenjanaKerjaya 2.0 hanya boleh mengikuti 1 kursus sahaja.

Tidak Layak Memohon

Namun, mereka yang tidak layak memohon program ini adalah seperti berikut:

  • Syarikat yang mengambil pelajar menjalani Latihan Industri (Internship).
  • Pelajar yang masih belum tamat pengajian.
  • Bukan warganegara Malaysia

Cara Memohon

Untuk memohon, majikan perlu membuat permohonan melalui langkah-langkah berikut:

  1. Daftar dan iklankan kekosongan bagi pengambilan perantis di portal MYFutureJobs di laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my.
  2. Buat permohonan insentif di laman sesawang https://penjanakerjaya.perkeso.gov.my.

Untuk perantis pula, mereka boleh memohon pekerjaan di bawah Program Perantisan PERKESO melalui laman sesawang https://www.myfuturejobs.gov.my.

Soalan Lanjut

Adakah syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan pekerjaan bagi perantisan di portal MYFutureJobs?

Ya. Syarikat perlu berdaftar dan mengiklankan kekosongan jawatan bagi perantisan di Portal MYFutureJobs.

Adakah perantis yang diambil bekerja di bawah Program Perantisan ini perlu mencarum dengan PERKESO?

Ya. Setiap perantis yang diambil bekerja di bawah program ini perlu mencarum dengan PERKESO.

Sekiranya perantis tidak dibayar elaun/gaji, kepada siapakah mereka boleh membuat aduan?

Perantis yang tidak dibayar elaun atau gaji ataupun tidak diberikan latihan di tempat kerja, mereka boleh membuat aduan di PERKESO melalui emel penjanakerjaya@perkeso.gov.my.

Apakah yang perlu dilakukan oleh majikan sekiranya permohonan latihan ditolak?

Majikan boleh membuat permohonan semula dengan memilih kursus yang bersesuaian mengikut keperluan industri bagi pertimbangan PERKESO.

Adakah majikan/perantis perlu membuat sebarang pembayaran kepada Penyedia Latihan bagi tujuan permohonan latihan?

Tidak. Majikan atau perantis tidak perlu membuat sebarang
pembayaran kepada Penyedia Latihan.

Pertanyaan Lanjut

Untuk pertanyaan lanjut mengenai Program Perantisan PERKSEO Pemerkasa, sila hubungi PERKESO di talian 1-300-22-8000 atau menghantar email perkeso@perkeso.gov.my.

Program Perantisan PERKESO Pemerkasa: Insentif Perantis Baru RM800 SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...