EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

651 pek produk serbuk pencuci tiruan jenama TOP dirampas, kenali cara untuk membezakan tulen dan tiruan

1 month ago, 05-Aug-2020

CHERAS -Satu serbuan yang dilakukan oleh bahagian penguatkuasaan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) berjaya membawa kepada penyitaan sebanyak 651 pek serbuk pencuci tiruan bernilai hampir RM5,000.

Dalam serbuan tersebut, kesemua pek serbuk pencuci tiruan berkenaan telah menyalahguna cap dagangan berdaftar serbuk pencuci jenama 'TOP'. Produk tiruan ini dipercayai dijual pada harga yang murah melalui jualan kilat di media sosial. Berdasarkan rampasan tersebut, didapati kualiti serbuk pencuci tiruan itu rendah dan mengandungi banyak kesilapan ejaan pada pembungkusan produk.

Southern Lion iaitu pengeluar serbuk pencuci jenama TOP di Malaysia mengambil langkah lanjutan dengan menasihati para pengguna agar membeli produk asli TOP dari peruncit terkenal dan daripada kedai atas talian yang dipercayai sahaja.

Southern Lion turut memandang serius akan perkara ini dan mengadakan program pendidikan menerusi laman rasmi dan Facebook TOP Detergent Malaysia bagi memastikan pengguna berupaya mengenal pasti serbuk pencuci TOP yang asli. Langkah ini sekali gus dapat membanteras penghasilan dan penjualan barang tiruan.

Antara ciri utama bagi membezakan antara produk serbuk pencuci TOP yang tulen dengan tiruan terdapat pada bahagian atas bungkusan. Produk asli TOP dibungkus dan dipotong menggunakan mesin khas sekali gus tidak menghasilkan alunan zig-zagyang jelas dan ketara. Sementara itu, produk tiruan pula mempunyai bentuk beralun yang jelas dan sempurna tidak seperti produk tulen.

"Jadilah pengguna yang berpengetahuan. Belilah dengan bijak. Teliti bahagian atas pembungkusan serbuk pencuci TOP bagi mengenal pasti produk tiruan. Jika bahagian atas berkenaan berbentuk alunan yang jelas, ia adalah produk tiruan. Sentiasalah membeli daripada peruncit terkenal dan kedai atas talian yang dipercayai supaya anda yakin dengan ketulenan serbuk pencuci TOP yang dibeli".

Sekiranya anda menghadapi sebarang masalah atau pertanyaan, sila hubungi Southern Lion Consumer Careline di 1800-880-133. Anda juga boleh melaporkan penjualan produk disyaki palsu kepada KPDNKEP dengan menghubungi Pusat Operasi Penguatkuasaan di talian 1800-886-800 atau +603-88826088.

 

651 pek produk serbuk pencuci tiruan jenama TOP dirampas, kenali cara untuk membezakan tulen dan tiruan Era Baru Malaysia.


SUMBER : erabaru.com.my

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...