EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

KKM : Dua produk kosmetik Beautywise dikesan mengandungi racun berjadual

0 month ago, 08-Apr-2021

Para pengguna di luar sana dinasihati agar berhati-hati dan mengelakkan daripada membeli beberapa produk kosmetik di pasaran.

Ini kerana, Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendedahkan bahawa terdapat produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual baru-baru ini.

Ia melibatkan dua produk kosmetik iaitu :

1. Beautywise Rejuvenating Cream mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin

Kementerian Kesihatan (KKM)/Facebook

2. Beautywise Rejuvenating Toner mengandungi Hydroquinone dan Tretinoin

Kementerian Kesihatan (KKM)/Facebook

Malah, Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM juga telah membatalkan status notifikasi produk-produk berkenaan.

Ini bermakna, produk-produk dinyatakan di atas tidak lagi dibenarkan untuk dijual dalam pasaran di Malaysia.

Untuk pengetahuan anda, kandungan hydroquinone berupaya menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna, kulit menjadi hipersensitf, menghalang proses pigmentasi (sekaligus menghalang pelindungan kulit daripada cahaya ultra-violet) selain meningkatkan risiko kanser kulit.

Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan pula mengakibatkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih dan sangat sensitif pada cahaya matahari.

Oleh yang demikian, produk yang mengandungi kedua bahan racun berjadual ini adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah.

Ia hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan. Justeru, pengguna yang sedang menggunakannya perlu berhenti dan dapatkan nasihat profesional kesihatan.



SUMBER : erabaru.com.my



Live Website Traffic


loading...