EdisiViral.Com Search Guest Post Login
Loading...

#PrkChini Kempen, ceramah bergantung kepada perintah semasa kerajaan

0 month ago, 16-May-2020



Kebenaran untuk berkempen atau mengadakan ceramah politik pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) N23 Chini, Pahang bergantung kepada perintah semasa kerajaan ekoran penularan Covid-19.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Datuk Seri Azhar Azizan Harun berkata, segala prosedur melibatkan kempen dan ceramah akan berpandukan kepada Prosedur Operasi Standard (SOP) dan peraturan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) atau Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) atau Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD).

Diandaikan perintah sekarang (PKPB) masih dikuatkuasakan, perhimpunan beramai-ramai tidak dibenarkan dan ceramah pun tidak boleh. Mereka hanya boleh berkempen melalui media massa dan kain rentang dan mungkin kempen bergerak.



Semuanya bergantung kepada PKP Yang dikuatkuasakan pada masa itu. Kita akan pantau dan muktamad pada tarikh terdekat, katanya dalam sidang media di ibu pejabat SPR, hari ini.

Dalam pada itu, Azhar Azizan berkata, SPR akan menjalankan SOP khas perjalanan PRK yang akan mengambil kira pendemik Covid-19.

Ia adalah inisiatif SPR sendiri bagi mengelakkan wujudnya kluster baru daripada PRK kali ini.





Kita tidak mahu lepas PRK ini ada kluster SPR atau kluster PRK. Kita mengambil inisiatif untuk mengambil langkah-langkah yang bersesuaian untuk mencegah merebaknya Covid-19 semasa perjalanan PRK.

Kita melibat urus dengan pihak KKM, NADMA, MKN dan PDRM tentang bagaimana untuk merendahkan risiko merebaknya Covid-19 semasa perjalanan PRK, katanya.

Ditanya apakah tindakan SPR sekiranya mendapati ada pengundi yang dijangkiti Covid-19 semasa proses pengundian, Azhar Azizan berkata, pengundi itu akan diasingkan dan dikawal selia oleh petugas SPR dan KKM yang memakai Pakaian Pelindung Diri (PPE).



Itu kita telah lihat dan teliti perkara tersebut antaranya ialah jika terdapat simptom Covid-19, pengundi akan terus dibawa ke khemah khas di mana petugas SPR akan memakai PPE dan sebagainya untuk mengasingkan pengundi itu daripada pengundi lain.

Ini tertakluk kepada input pihak KKM, NADMA, katanya lagi.

SPR hari ini menetapkan 4 Julai depan bagi proses pengundian PRK DUN Chini N23 Pahang.



Penamaan calon pula ditetapkan pada 20 Jun manakala tarikh mengundi awal pada 30 Jun.

Kerusi DUN Chini kosong susulan kematian penyandangnya, Datuk Seri Abu Bakar Harun, 60, 7 Mei lalu.

Untuk rekod, seramai 20,990 pemilih layak mengundi bagi PRK itu. MalaysiaGazette


SUMBER : penangkini.com

Loading...

Loading...

Live Website Traffic


loading...