www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Primer Pertama Yang Bertindak Melindungi Kulit Dari Sinaran UV

0 month ago, 17-May-2019


Kebiasaannya kita akan menggunakan primer dan krim tabir suria untuk sesi prep wajah sebelum bersolek, tetapi dengan primer Este Lauder terbaharu ini, anda tidak perlukan lagi any sunscreen kerana ia juga bertindak sebagai pelindung UV buat kulit.

Selalunya di dalam langkah untuk prep wajah kita memerlukan toner, pelembap, primer dan krim tabir suria. Mungkin bagi sesetengah orang tertanya kenapa perlunya pemakaian krim tabir suria sedangkan tidak terdedah pada selaran matahari? Penggunaan krim tabir suria sangat penting biarpun kita berada di dalam bangunan atau di tempat yang tertutup kerana kulit kita sentiasa boleh terdedah dengan risiko luaran yang lain seperti pencemaran.

Dengan adanya pelindung kulit baharu, Este Lauder Perfectionist Pro Collection ia mampu menyelesaikan masalah kulit anda selama ini. Este Lauder Perfectionist Pro Aqua UV Gel SPF 50/ PA++++ bertindak secara profesional dalam melindung semua jenis kulit dari masalah kulit akibat selaran UVA atau UVB dan pencemaran.

Ia dicipta dalam formula gel yang sangat ringan menjadikan ia seakan invisible veil pada kulit yang mana melindung kulit dari kerosakan UVA dan UVB dengan pelindung hybrid 3 dalam 1, memastikan perlindungan menyeluruh dan holistik Este Lauder. Teksturnya yang berbentuk emulsi gel memberikan kesegaran hidrat kala disapu pada kulit sekaligus menyerap ke dalam kulit dengan lembut dan lebih cepat.

Istimewanya, ia direka tidak melekit dan berminyak sekaligus tidak menyumbatkan liang pori. Ia menjanjikan kulit akan lebih berseri, lembut dan terlindung, menjadikan ia sebagai rekaan asas terbaik untuk solekan.

Ia menghalang kerosakan kulit akibat sinaran UV

Satu formula paten-pending yang bercirikan ekstrak Tiger Lily yang membantu melawan kerosakan kepada elastin kulit, satu kunci komponen untuk keanjalan kulit, rangkaian sokongan yang fleksibel. Formula ini turut membantu mengelak dari kewujudan tanda-tanda awal penuaan, seperti garis halus dan kedutan, tompok penuaan dan keanjalan kulit yang semakin hilang akibat terdedah pada sinaran matahari.

Meneutralkan kulit akibat pencemaran dalaman atau luaran

Gabungan yang tepat dari 8 jenis antioksidan yang kuat termasuk Ekstrak Lily Tiger, Vitamin C dan E, Resveratrol dan Ekstrak Teh Hijau. Ia membantu kulit untuk mempertahankan diri daripada masalah pencemaran alam. Formula terhebat ini juga menyalurkan perlindungan antioksidan dari pencemaran seperti ozon, asap, infrared dan microdust (PM2.5).

Menguatkan lagi benteng perlindungan buat kulit

Sokongan lain termasuk Esktrak Tumbuhan Kaktus yang membantu memastikan lembapan kulit berpanjangan, yang mana membantu mencegah dehidrasi dari faktor luar seperti pemanasan dan penghawa dingin, sementara formula ini membantu menguatkan kulit terhadap serangan alam sekitar. Anti-radang terhebat termasuklah Ekstrak Algae dan Caffeine yang memastikan kulit sentiasa lembut dan tenang. Pabila kulit lebih kuat dan kukuh, ia dapat melindungi dengan sendirinya jauh lebih baik.

Penggunaan :

Sapukannya pada kulit pada langkah terakhir dalam rejim kecantikan anda.

*Perfectionist Pro Aqua UV Gel SPF 50/PA++++ kini boleh didapati di semua kaunter Este Lauder pada harga RM190 untuk 30 ml.




SUMBER : eh.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts