www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Para guru prihatin menderma 100 cuti sakit kepada rakan sekerja supaya bayinya yang sakit dapat terus ditemani

0 month ago, 16-May-2019


Sebelum anak perempuan David dan Megan Green, Kinsley, menyambut ulang tahun kelahiran pertama, tiga perkataan yang dahsyat telah menggoncang kehidupan mereka iaitu leukemia limfoblastik akut.

Megan berkata, "Pada hari Sabtu, 20 Oktober, kami berada di pesta pertunangan adik perempuan saya dan pada hari Isnin kami berada di dalam wad kecemasan yang memberitahu, 'Kamu mesti tidak mahu tahu apa yang kami fikirkan' dan 'Kami sangat menyesal, tetapi kami percaya anak perempuan kamu menghidap kanser. Perkara buat semua ibu bapa di Alabama yang tidak mahu dengari dan mempercayai dengan sepenuhnya."

Megan Saindon Green/Facebook

Beberapa bulan berikutnya bermula siang hari sehingga malam, dan cuti telah dihabiskan dengan berada di Hospital Birmingham, di mana Kinsley yang baru berusia setahun menjalani pelbagai kemoterapi. Hospital ini hampir 100 batu dari rumah mereka, jadi Megan terpaksa berhenti kerja untuk menjaga Kinsley sepenuh masa. David pula terpaksa memandu selama tiga jam sehari untuk melawat Kinsley. Tetapi pada bulan Mac, dia telah kehabisan cuti sakitnya.

Megan Saindon Green/Facebook

David bekerja sebagai guru sejarah dan jurulatih bola sepak di Sekolah Tinggi Mae Jemison, tetapi apa yang lebih penting ialah dia seorang bapa penyayang yang perlu berada di sisi anak perempuannya. Jadi Megan telah menarik perhatian semua pihak dengan mendapatkan bantuan di Facebook dengan meminta guru-guru di Alabama yang masih mempunyai cuti sakit untuk mempertimbangkan dengan mendermakannya demi membantu keluarga Green. Megan hanya menulis secara tidak serius tetapi tidak menyangka menerima tindak balas yang luar biasa.

Guru-guru dari pelbagai sekolah yang berlainan di sekitar Huntsville berasa simpati dengan keluarga ini lalu telah mendermakan 100 hari gabungan cuti sakit untuk David. Malahan Wilma DeYampert yang merupakan pembantu pengetua di Sekolah Rendah Lakewood dan sedang bertarung dengan kanser payudara turut menyumbangkan dua hari cuti sakitnya.

Megan Saindon Green/Facebook

Kata Wilma, "Saya tidak dapat bayangkan apabila mempunyai anak dan berada jauh daripada anak itu. Jadi, saya fikir saya telah melakukan perkara yang betul. Ibu saya selalu berkata, 'Anda tidak perlu menjadi kaya untuk memberkati seseorang.' "

Berasa diberkati adalah perkataan yang sempurna untuk menggambarkan perasaan pasangan Green. Berkat kemurahan hati para guru dan pelbagai institusi yang menjawab panggilan Megan, David kini dapat membantu dan menemani anak perempuannya yang berusia 16 bulan melalui perjuangan perit melawan kanser. Hadiah besar yang tidak ternilai harganya.

Megan Saindon Green/Facebook

Megan dengan rasa terharu berkata, "Kami berasa amat tersentuh dengan respon yang kami terima dengan hari-hari cuti sakit yang didermakan. Kami berharap untuk mendapatkan beberapa hari supaya David boleh berada di sini sekali dalam seminggu. Ini adalah rahmat besar dan kami tidak sabar menunggu sehingga tiba masanya kami pula berada dalam kedudukan lain untuk memberi kembali dan membantu orang lain."

Megan Saindon Green/Facebook

Si kecil Kinsley masih mempunyai beberapa bulan lagi dengan rawatan inap di hospital dan selepas itu, dia akan meneruskan rawatan susulan untuk dua tahun akan datang. Semoga Kinsley akan segera sembuh dalam pertarungannya melawan penyakit ini.

: Inspiremore, Megan Saindon Green/Facebook

 

Para guru prihatin menderma 100 cuti sakit kepada rakan sekerja supaya bayinya yang sakit dapat terus ditemani Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts