EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

HFMD: 11 PREMIS BERKAITAN PUSAT JAGAAN KANAK-KANAK DITUTUP DI MELAKA

0 month ago, 13-May-2022

MELAKA: Sebanyak 11 premis berkaitan pusat jagaan kanak-kanak terpaksa ditutup selepas Melaka mencatatkan 977 kes penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD).

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Melaka (JKNM) Dr Rusdi Abd Rahman berkata jumlah tersebut adalah daripada 13 kluster dilaporkan membabitkan tadika, taska, pusat jagaan dan rumah setakat minggu ini.

“Terdapat peningkatan kes HFMD setakat Minggu Epidemiologi 18 (ME18) tahun ini berbanding hanya 95 kes bagi tempoh sama tahun lepas.

“Untuk itu, kita telah mengarahkan 11 premis iaitu tadika, taska dan pusat jagaan melibatkan tujuh di daerah Jasin, Melaka Tengah (tiga) dan sebuah premis di Alor Gajah ditutup di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Dr Rusdi berkata selain itu, dua kes turut dilaporkan melibatkan rumah persendirian.

Menurutnya selain pemantauan berterusan daripada JKNM, beberapa sesi pertemuan akan diadakan bersama pengusaha tadika dan taska.

Beliau berkata langkah itu penting walaupun situasi HFMD di Melaka masih terkawal, ibu bapa perlu berwaspada termasuk peka terhadap tanda-tanda penyakit itu pada anak-anak.

“Jika ada anak-anak menunjukkan tanda-tanda dijangkiti, ibu bapa dinasihatkan tidak menghantar anak-anak ke sekolah atau tadika, sebaliknya segera ke klinik untuk rawatan lanjut,” katanya.–AlHijrah Online



SUMBER : alhijrahnews.com



Live Website Traffic


loading...