EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Buat Prank Lempang Orang Di Eskalator, Youtuber Mohon Maaf Setelah Dikecam Hebat

0 month ago, 14-Oct-2021

Semalam, seorang Youtuber yang dikenali sebagai Mizan Majid tampil memohon maaf kepada orang ramai berikutan tularnya video yang memaparkan dia dan seorang lagi rakan dikenali sebagai Man Woww dilihat telah melakukan aksi keterlaluan terhadap orang ramai lalu mengundang kecaman hebat oleh netizen.

Advertisement

Ujar Mizan, video tersebut dibuat hanyalah semata-mata untuk menghiburkan orang ramai dan bukanlah untuk mencederakan orang awam.

Si bodoh ni bukan acah prank nak tampar orang saja tapi pakcik ni pun kena. Dia buat2 kata kawan dia nak jumpa tapi panggil strangers lain cakap dengan pakcik tu. https://t.co/cVuC6BSqAu pic.twitter.com/Pj7AHa5m9c

Din Djarin ?? ?? (@RaufHusin) October 13, 2021

Advertisement

Kami mohon maaf dan tahu prank macam tu bukan budaya orang Malaysia dan orang Melayu kita. Harap korang maafkan kitaorang lah, yelah semua manusia melakukan kesilapan. Sebenarnya tujuan kami buat video tersebut untuk menghiburkan korang. Lagipun kitaorang dah plan walau apa pun yang terjadi jangan sentuh body atau muka orang.

Mizan kemudiannnya menjelaskan bahawa mereka telah memohon maaf kepada semua mangsa kerana merasa bersalah dengan tindakan yang dilakukan.

 

Sementara itu, rata-rata netizen menganggap Youtuber tersebut cuba menaikkan pengikut di media sosial dengan melakukan kandungan bodoh seperti itu.

Malah ada juga yang mencadangkan agar mereka berdua dikenakan tindakan undang-undang kerana telah menganggu ketenteraman awam.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai seorang Youtuber dan rakan bertindak melakukan ‘prank’ dengan menggertak seperti mahu menampar orang ramai yang sedang menggunakan escalator dipercayai berlokasi di pusat membeli-belah Mid Valley.

Video tersebut walau bagaimanapun telah dipadam daripada saluran Youtube Mizan Majid namun sempat dikongsi oleh netizen di media sosial.

Jangan lupa Like dan Follow Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.

Buat Prank Lempang Orang Di Eskalator, Youtuber Mohon Maaf Setelah Dikecam Hebat first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.





Live Website Traffic


loading...