www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Bayi pramatang sedang bertarung nyawa untuk terus melihat dunia, sehingga kembarnya datang dan memberi pelukan penyelamat

0 month ago, 17-Apr-2019


Cinta dan kasih sayang itu kadang kala amat berkuasa sehingga dapat mencipta keajaiban untuk menyelamatkan kita.

Pakar perubatan percaya bahawa sentuhan manusia dan kasih sayang dapat menyelamatkan nyawa, dan ini terbukti benar ketika ia telah menyelamatkan nyawa seorang bayi pramatang di Amerika Syarikat.

Kembar Jackson dilahirkan pada tempoh pramatang 12 minggu di Hospital UMass Memorial, Worcester yang juga dikenali sebagai Pusat Perubatan Central Massachusetts - Memorial.

Salah seorang kembar yang bernama Brielle tiba-tiba menghadapi kesukaran untuk bernafas dan sedang bergelut dengan nyawa sendiri apabila usianya mencapai tiga minggu. Tahap oksigennya telah jatuh dan denyutan jantung menjadi kencang. Wajah dan tubuh badannya mula berubah menjadi biru.

Seorang jururawat yang bertugas merasakan bahawa dia perlu mencuba sesuatu yang berada di luar kebiasaan untuk menyelamatkan bayi ini.

Parenting Isn't Easy

Jururawat NICU Gayle Kasparian bertanya kepada kedua ibu bapa bayi ini sekiranya mereka boleh memberikan kebenaran untuk beliau mencuba sesuatu yang tidak pernah dilakukan sebelum ini iaitu untuk meletakkan kembar Brielle yang lebih kuat, Kyrie di dalam inkubator yang sama dengan Brielle untuk membolehkan mereka merasai sentuhan kulit ke kulit, yang kini dipanggil sabagai 'Kangaroo Care'.

Ibu bapa kembar ini telah bersetuju dan ia amat mengejutkan, apabila Kyrie meletakkan lengannya yang kecil di atas badan kakaknya dan memberinya 'pelukan penyelamat'.

Hanya selepas beberapa ketika, tanda-tanda penting buat Brielle dan pernafasannya menjadi lebih stabil.

Parenting Isn't Easy

Menurut jururawat Kaspiran, "Apabila saya meletakkan Brielle dengan kembarnya, ia menunjukkan tanda yang sangat mengagumkan. Dia segera berubah tenang. Denyutan jantungnya menjadi stabil dan warnanya kulitnya berubah."

Sebelum masa yang ajaib itu, Brielle dan Kyrie pada asalnya terpaksa dipisahkan kerana ditakuti akan menyebabkan jangkitan. Sejak itu, amalan pengasingan tersebut telah berubah kerana pengalaman sejarah kembar ini dan dasar dalam perubatan juga turut berubah dengan mendadak.

Pada mulanya pakar perubatan menyangka bahawa sistem imun anak-anak kecil itu terlalu rapuh. Dr. Stuart Weisberger dari Hospital UMass Memorial berkongsi sebab mengapa amalan seperti ini tidak pernah dilakukan pada masa lalu.

Tetapi kini, mereka telah melakukannya bukan sahaja kepada bayi yang berusia 28 minggu, tetapi juga kepada bayi 23, 24, dan 25 minggu. Dr. Weisberger juga mendedahkan bahawa mereka melakukan cara ini walaupun bayi-bayi disambungkan ke mesin pernafasan ventilator.

Kini pasangan kembar Brielle dan Kyrie Jackson menjalani kehidupan dengan kesihatan yang baik dan tinggal di Westminster. Mereka telah membesar menjadi remaja berusia 17 tahun yang kuat, sihat dan jelita.

Apa yang jururawat Gayle Kasparian lakukan bukan sahaja telah menyelamatkan nyawa kembar Jackson tetapi juga mengubah cara dan amalan perubatan secara keseluruhannya.

: Parenting Isn't Easy

Bayi pramatang sedang bertarung nyawa untuk terus melihat dunia, sehingga kembarnya datang dan memberi pelukan penyelamat Era Baru Malaysia.




SUMBER : erabaru.com.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts