EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Poulsen hampakan Switzerland

0 month ago, 13-Oct-2019

DENMARK meraih kemenangan dramatik 1-0 ke atas Switzerland menerusi jaringan penyerang, Yussuf Poulsen enam minit sebelum tamat perlawanan dalam aksi kelayakan Euro 2020 di Copenhagen awal pagi tadi.

Kemenangan itu membolehkan Denmark menduduki tangga kedua dengan 12 mata daripada enam perlawanan di belakang pendahulu Kumpulan D, Ireland yang turut memiliki jumlah mata sama selepas hanya mampu seri 0-0 menentang Georgia.

Switzerland ketiga dengan lapan mata tetapi berkelebihan satu perlawanan berbanding dua pasukan teratas. Georgia pula keempat dengan lima mata manakala Gibraltar tercorot tanpa sebarang mata daripada lima perlawanan.

Walaupun berdepan penyudah tumpul, Denmark bernasib baik meraih tiga mata apabila Poulsen yang menerima hantaran Christian Eriksen merembat kencang untuk gol kemenangan di Stadium Parken.

Bagaimanapun, pemain terbaik perlawanan jelas milik penjaga gol Denmark, Kasper Schmeichel yang beberapa kali menyelamatkan percubaan bahaya penyerang Switzerland.


SUMBER : hmetro.com.my



Live Website Traffic


loading...