EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Portal BizKomuniti KPKT: Platform Pemasaran Produk & Perkhidmatan

0 month ago, 13-Oct-2021

Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) telah mewujudkan satu platform pemasaran produk dan perkhidmatan kepada komuniti bandar iaitu Portal BizKomuniti.

Objektif utama portal ini diwujudkan adalah untuk mewujudkan suasana kehidupan yang selesa dan sejahtera melalui pembangunan sosio-ekonomi yang seimbang.

Melalui Portal BizKomuniti, KPKT menyediakan ruang dan peluang kepada komuniti bandar untuk memperoleh pendapatan sampingan melalui pemasaran produk dan perkhidmatan berdasarkan bakat dan kemahiran mereka.

Produk dan perkhidmatan dapat ditawarkan melalui portal ini adalah pada kadar mampu milik, mudah dan cepat kepada seluruh rakyat Malaysia.

Oleh itu, orang ramai yang ingin mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, sila layari portal https://bizkomuniti.kpkt.gov.my/.

Kelebihan Portal BizKomuniti

Menerusi portal ini, orang ramai akan menikmati beberapa kelebihan seperti:

  • Pemasaran produk dan perkhidmatan melalui portal ini adalah secara percuma.
  • Carian search engine dan direktori yang mudah dan pantas.
  • Akses bila-bila masa dan dimana juga.
  • Penyimpanan data yang dijamin mudah dan selamat.
  • Mudah dan mesra pengguna untuk membantu mencari pembekal semudah yang mungkin.

Kategori Perkhidmatan

Kategori perkhidmatan yang ditawarkan menerusi portal ini adalah seperti berikut:

  • Landskap
  • Hiasan Diri
  • Pembaikan Rumah
  • Makanan
  • Runcitan
  • Servis Peralatan
  • Kesihatan
  • Pakaian
  • Pengangkutan
  • Pendidikan
  • Domestik
  • Lain-lain

Cara Mendaftar

Untuk mendaftar Portal BizKomuniti, sila ikuti langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://bizkomuniti.kpkt.gov.my/.
  2. Klik butang ‘Log Masuk/Daftar.’
  3. Klik butang ‘Daftar Sekarang.’
  4. Isi maklumat yang diperlukan dengan lengkap dan betul.
  5. Log masuk dengan memasukkan ID Pengguna dan kata laluan.
  6. Isi maklumat produk dan perkhidmatan yang ingin ditawarkan.

Carian Produk & Perkhidmatan

Bgai pengguna biasa yang ingin mendapatkan produk dan perkhidmatan yang ditawarkan, carian produk dan perkhidmatan boleh dilakukan menerusi langkah-langkah berikut:

  1. Layari laman web https://bizkomuniti.kpkt.gov.my/.
  2. Pilih produk, negeri, dan klik butang ‘Cari.’
  3. Pengguna juga boleh klik bahagian ‘Carian Terperinci’ dan memasukkan perkhidmatan/produk, negeri, kata kunci, dan bandar diikuti dengan klik butang ‘Cari.’
  4. Carian produk dan perkhidmatan dipaparkan.

Maklumat Lanjut

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan perkhidmatan yang ditawarkan dalam Portal BizKomuniti, sila layari portal ini di pautan https://bizkomuniti.kpkt.gov.my/.

Portal BizKomuniti KPKT: Platform Pemasaran Produk & Perkhidmatan SEMAKAN ONLINE.





Live Website Traffic


loading...