www.edisiviral.com

Berita dan informasi edisi viral di Malaysia.


Politik dukungi agenda 'The New Silk Road'?

0 month ago, 14-Jan-2019


"Mahu tak mahu, negeri kita akan dikuasai atas perebutan tiga perkara; air, makanan, tenaga. Siapa boleh kuasai Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Barat Burma sampai Selatan Filipina, akan menguasai dunia di masa depan.

Oleh: IZWAN ABDUL HALIM 
13 JANUARY 2019

KUALA LUMPUR: Malaysia menjadi sasaran gerakan Evangelis Kristian kerana negara ini merupakan sebahagian Laluan Sutera Baharu (The New Silk Road) yang memiliki banyak sumber penting masa depan.

Ahli Jawatankuasa Kerja PAS Pusat, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, laluan panjang dari Jakarta hingga China itu menjadi jalan perdagangan dan dakyah Evangelis yang turut didukungi parti politik tertentu.

"Sebahagiannya sudah bercantum, sebahagian sedang diusahakan. Ada yang pernah disekat, tetapi sekarang sudah dibuka. 'Depa' (mereka) telah kuasai Jakarta, naik ke Singapura, jadi pangkalan Zionis, CIA, Mossad, KGB.

"Apa saja gerakan rahsia antarabangsa yang jahat menjadikan Singapura sebagai pangkalan secara sulit mahupun terbuka. Tahun 1983, ditangkap 12 kakitangan Kedutaan Singapura di Jakarta kerana jadi 'spy' (perisik) kepada Mossad Israel," dedahnya pada ceramah di Markas PAS Kubang Rotan, Kuala Kedah kelmarin dulu.

Bentang beliau, apabila Kristian gagal di Eropah hingga gereja-gereja bertukar menjadi masjid dan ramai memeluk Islam, gerakan Evangelis ke Afrika meng-Kristiankan penganut Animisme terutama di Afrika Tengah.


Katanya, setelah tepu di Afrika, gerakan itu mensasarkan pula wilayah Asia untuk dimasuki dan dikuasai khususnya Asia Tenggara yang terdiri daripada 600 juta penduduk dengan hampir separuhnya Muslim.

Terang beliau, gerakan tersebut amat menyedari bahawa rantau ini memiliki bekalan penting masa depan di mana manusia akan bertelagah dan berperang mengenainya iaitu makanan, air dan tenaga.

Menurut Sanusi, negara ini khususnya Kelantan dan Terengganu mempunyai simpanan minyak sangat banyak selain turut boleh menghasilkan berbilion tong gas yang menjadi tenaga dunia masa depan.

Selain itu ujarnya, minyak dan gas turut ditemui di Arakan, Myanmar yang dilihat sebagai sebab Muslim Rohingya dibunuh usir agar bumi dan sumber di situ dapat dikuasai oleh pihak berkepentingan.

"Mahu tak mahu, negeri kita akan dikuasai atas perebutan tiga perkara; air, makanan, tenaga. Siapa boleh kuasai Indonesia, Malaysia, Selatan Thailand, Barat Burma sampai Selatan Filipina, akan menguasai dunia di masa depan.

"Maka China turun, Amerika pun mari, Israel pula nak buka pangkalan dia, yang terakhir 'base' kuat di Australia, dekat dah dengan kita. Kita ini jadi sasaran. Ada parti politik bawa agenda ini. Maka secara besar-besaran, para pemimpin dia 'convert' dari Buddha masuk Kristian.

"Kenapa masuk Kristian? Kerana Buddha tak dakwah agama dia pada orang lain. Tapi Kristian ini agama Missionari, dakyah dan berhasrat memurtadkan orang Islam," terangnya membuka 'rahsia' itu.

Menurut beliau, kerana itulah parti tersebut bersungguh-sungguh membawa agenda Pilihan Raya Majlis Tempatan (PBT) bertujuan menguasai tanah dan aset di bandar-bandar di mana dapat dilihat kini di beberapa negeri.

Jelasnya, mereka membangunkan kediaman super mewah dan dijual kepada para jutawan luar hingga orang Melayu dan rakyat yang miskin terpaksa lari seperti yang terjadi di beberapa bandar besar di rantau dan negara ini.


Beliau menyebut antaranya Jakarta, Singapura, Johor Bahru, Seremban, Lembah Klang, Ipoh, Pulau Pinang, Kulim, Sungai Petani, Alor Setar, Bangkok , Ho Chi Minh, Hanoi, Guang Zhou, Beijing dan Shanghai.

Kini katanya, semua dibuat oleh parti itu hanya didiamkan sahaja tanpa bantahan oleh rakan mereka yang disifatkan beliau telah dipenuhi dengan sagun dalam mulut mereka dan menjadi hulu kapak kepada parti itu.

"Agenda besar ini akan terus berlarutan sama ada kita sedar atau tidak, kita lawan atau biar, atau kita jadi barua depa. Sikit-sikit depa ambil, ini nak suruh buat Pilihan Raya PBT, yang boleh mengundi penduduk bandar saja. Orang Melayu tak mampu duduk bandar.

"Maka kuasa PBT akan lepas ke tangan depa dan boleh buat undang-undang. Masa kita jadi kerajaan 2008, lesen hiburan di Sungai Petani ada 48 sahaja. Sekarang bila lantik Ahli Majlis dari parti itu, lesen di sana jadi 148," ujarnya mengingatkan implikasi itu. - HARAKAHDAILY 13/1/2019



SUMBER : 1media.my


Tags

Travel New York London IKEA NORWAY DIY Ideas Baby Family News Clothing Shopping Sports Games

Popular Posts


Related Posts