EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Polis Trafik Boleh Keluarkan Saman Di Kawasan Sekolah

10 month ago, 15-Jan-2020

teamnetizen.com - Polis Trafik Boleh Keluarkan Saman Di Kawasan Sekolah

ARAU, 14 Jan: Anggota polis trafik boleh mengeluarkan saman terhadap individu yang melakukan kesalahan di dalam kawasan sekolah kerana itu adalah atas permintaan daripada pihak sekolah, kata Ketua Polis Perlis Datuk Surina Saad.teamnetizen.com - Polis Trafik Boleh Keluarkan Saman Di Kawasan Sekolah

Beliau berkata polis trafik boleh menjalankan tugas mereka di mana-mana sahaja kerana itu merupakan tugas dan dalam bidang kuasa polis setelah mendapat kebenaran daripada pihak pengurusan sekolah.

Sebenarnya kami telah dijemput datang ke sekolah dan buat terlebih dahulu program advokasi kepada para pelajar sekolah. Selepas itu, barulah kami akan datang ke sekolah untuk buat operasi melalui Op Didik.

Tidak sewenangnya terus buat operasi dan saman, katanya kepada Bernama selepas melancarkan Liga Bola Sepak PDRM Kontinjen Perlis di Kompleks Sukan Syed Areeb Putra, Universiti Malaysia Perlis, Pauh Putra, dekat sini, hari ini.

teamnetizen.com - Polis Trafik Boleh Keluarkan Saman Di Kawasan Sekolah

Surina berkata demikian ketika diminta mengulas isu yang tular di laman sosial mengenai anggota polis trafik menjalankan operasi menyaman pelajar di dalam kawasan sekolah, yang menimbulkan rasa tidak puas hati beberapa ibu bapa yang beranggapan bahawa ia menyalahi undang-undang.

Katanya sebanyak lima buah sekolah terpilih bagi program itu di Perlis dan hanya selepas program advokasi dijalankan barulah tindakan dan operasi dijalankan di sekolah yang terlibat, katanya tanpa mendedahkan butiran sekolah berkenaan.

teamnetizen.com - Polis Trafik Boleh Keluarkan Saman Di Kawasan Sekolah
Gambar hiasan

Lebih 60 saman dikeluarkan dan kebanyakannya adalah kesalahan tidak mempunyai lesen memandu, termasuk saman terhadap pemilik kenderaan. Saman yang kita keluarkan adalah lebih kepada mendidik ibu bapa tentang pentingnya anak-anak mereka mempunyai lesen memandu terlebih dahulu, katanya dan menurutnya keselamatan anak-anak perlu diutamakan.

Semoga lepas ini tiada yang akan mengatakan atau menuduh anggota polis trafik menyalahi undang-undang sekiranya mereka keluarkan saman di kawasan sekolah. Kalau tak membuat kesalahan, tak perlu takut kan.

: Bernama



SUMBER : teamnetizen.com



Live Website Traffic


loading...