EdisiViral.Com Search Guest Post Login

Polis buru suspek tetak bekas isteri

0 month ago, 13-Aug-2019

ORANG ramai diminta menyalurkan maklumat mengenai suspek yang menetak bekas isterinya dengan golok di hadapan sebuah bank di Kuala Krai, 1 Ogos lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Kuala Krai, Deputi Superintendan Wan Fauzi Wan Ishak berkata, suspek warga Pakistan berusia 50-an sudah melarikan diri dari rumahnya di Machang.



Katanya, selepas menetak bekas isteri dan suami baru mangsa, suspek tidak pulang ke rumahnya.

Kita percaya suspek masih berada di Kelantan dan usaha mencarinya giat dijalankan.

Polis minta orang ramai membantu memberi maklumat untuk menjejaki lelaki itu, katanya ketika ditemui hari ini.




Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 326 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan kecederaan parah dengan senjata.

Dalam kejadian 11 pagi 1 Ogos lalu, wanita berusia 48 tahun parah selepas ditetak beberapa kali oleh bekas suaminya dengan golok.

Suspek dikatakan berbuat demikian selepas cemburu bekas isterinya berkahwin pada April lalu.

Lelaki itu mengekori mangsa dengan motosikal sebelum menyerangnya di hadapan sebuah bank.





SUMBER : bazookapenaka.my



Live Website Traffic





www.edisiviral.com