EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Polis Siasat Video IG Live Berunsur Lucah Babitkan Usahawan Kosmetik & Kanak-Kanak

0 month ago, 09-Jun-2021

Media sosial hari ini hangat memperkatakan mengenai penularan satu video memperlihatkan seorang usahawan kosmetik dan seorang rakannya menari liar di IG Live sambil disaksikan ribuan pengikutnya.

Namun lebih mengejutkan orang ramai apabila aksi mereka itu turut disaksikan dua remaja bawah umur yang turut tampil bersiaran bersama.

Malah usahawan tersebut bersama rakannya dikatakan membincang topik sensitif iaitu isu seksual bersama dua kanak-kanak berkenaan, satu tindakan yang sememangnya tidak bermoral.

Baca artikel berkaitan : Makin Naik Lemak! Usahawan Kosmetik Cetus Kontoversi Baru, Belanja Budak Bawah Umur Di IG Live

Memandang serius isu tersebut seorang pensyarah, Prof Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar kemudiannya tampil membuat satu laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Bangi.

Jelasnya dia bertindak membuat aduan tersebut memandangkan terdapat beberapa salah laku yang dilakukan individu terbabit antaranya di bawah Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Polis siasat video tular

Terbaru Ketua Polis Daerah Kajang, ACP Mohd Zaid Hassan menerusi satu kenyataan mengesahkan pihaknya ada menerima satu aduan laporan berhubung video berkenaan membabitkan seorang usahawan kosmetik yang dilakukan seorang pensyarah pada 9 Jun 2021 sekitar jam 1.29 petang.

Pengadu membaut laporan selepas melihat pautan siaran langsung di aplikasi instagam (IG milik safieyillias94 yang juga hos bersama pemilik IG pipinatasha

Polis cari pemilik IG safieyillias94 dan pipinatasha

Siaran langsung di alikasi berkenaan membabutkan dua kanak-kanak bawah umur katanya dalam kenyataan berkenaan.

Tambah kedua mereka didapati melakukan perbuatan yang ditakrifkan sebagai komunikasi lucah dan amang seksuail kerana ianya turut disertai kanak-kanak bawah umur.

Sehubungan itu pihak polis sedang mengesan kedua-dua suspek iaitu pemilik akaun IG safieyillias94 dan pemilik akaun IG pipinatasha yang juga hos bersama di video tersebut.

Kes tersebut kini disiasat dibawah seksyen 12(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia.

Menerusi kenyatan sama, Mohd Zain turut meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan video tersebut untuk menghubungi balai polis berhampiran.



SUMBER : buzzkini.com



Live Website Traffic


loading...