EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Polis Sahkan Telah Tahan Pemilik Akaun Instagram Saffieyillias94, Akan Buat Permohonan Reman Suspek

0 month ago, 11-Jun-2021

Polis menahan pemilik akaun Instagram dikenali sebagai safieyillias94 semalam kerana disyaki melakukan komunikasi lucah dan amang seksual melibatkan kanak-kanak di bawah umur.

Menerusi laporan Bernama, , Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata, pihaknya akan membuat permohonan reman suspek, hari ini.

Beri masa kepada pihak kami untuk menjalankan siasatan berhubung kes ini, katanya.

Namun begitu, beliau tidak mendedahkan tentang butiran tempat suspek ditahan.

Perbuatan itu dikatakan berlaku baru-baru ini, semasa pemilik akaun Instagram berkenaan mengadakan sesi perbualan dan sidang video secara langsung disertai pengguna Instagram bernama pipinatasha dan dua kanak-kanak bawah umur.

Kedua-dua mereka turut menunjukkan cara menghisap vape atau rokok elektronik kepada kanak-kanak terbabit. KopiPlanet.com

Kredit Artikel: Bernama

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...