EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Polis Cari Safiey Ilias Selepas Ajak Kanak-Kanak Live Pukul 2 Pagi

0 month ago, 10-Jun-2021

Berikutan sesi secara langsung usahawan sensasi, Safiey Ilias yang membuat IG Live bersama seorang rakannya yang dikenali sebagai Pipinatasha serta dua orang kanak-kanak pada jam sekitar 2 pagi, satu laporan polis telah dibuat oleh pensyarah, Profesor Madya Dr Rafidah Hanim Mokhtar.

Safiey Lakukan Tiga Kesalahan

IKLAN

Menerusi laman Facebook nya,Rafidah berkata Safiey dan Pipinatasha telah melakukan tiga kesalahan termasuklah berkomunikasi secara lucah dan melakukan perbuatan amang seksual terhadap dua orang kanak-kanak itu.

Laporan polis dibuat ke atas pengguna Ig SafieyIllias94 yang menjadi host Live Instagram melibatkan 2 kanak-kanak bawah umur

Laporan di buat melibatkan kesalahan :
1. Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998 : Perbuatan berkongsi atau menyebarkan kandungan lucah
2. Akta Kesalahan Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017
3. Kesalahan di bawah OBD (orang belum dewasa) Peraturan2 Kawalan Hasil Tembakau 2004

Saya rasa kita dah banyak bertolak ansur dengan mereka yang Instafamous ini. Ibubapa, kejadian ini berlaku 1.50 pagi. Anak-anak tak sepatutnya menggunakan HP waktu dinihari dan bagi tujuan melawat atau terlibat dalam IgLive sebegini tulis Rafidah

Polis Cari Safiey Dan Pipinatasha

Susulan itu, memetik laporan Berita Harian pihak polis kini sedang mengesan Safiey dan Pipinatasha. Malah, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan juga diminta untuk menghubungi mana-mana balai polis bagi membantu siasatan. Pada pagi Rabu, Safiey mencetuskan kontroversi apabila menjemput dua orang kanak-kanak lelaki untuk bersama-sama dalam sesi live nya. Dalam sesi itu, Safiey dan rakannya dilihat menari terkinja-kinja dan memberi pengaruh buruk kepada kanak-kanak itu.

***Jangan lupa langgan saluran Telegram Murai untuk kemas kini berita terkini.



SUMBER : murai.my



Live Website Traffic


loading...