EdisiViral.Com Video Search Login
Loading...

Polis Akan Panggil Kru Serta 50 Juri Rancangan All Together Now Malaysia Untuk Bantu Siasatan

0 month ago, 11-Jun-2021

Polis menyatakan akan memanggil kru yang terlibat dalam program hiburan televisyen pencarian bakat All Together Now Malaysia (ATNM), termasuk 50 juri ke Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya bagi membantu siasatan.

Menerusi laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Putrajaya ACP Mohd Fadzil Ali berkata, siasatan polis dalam kes itu ialah berkaitan ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) kerana tidak memakai pelitup muka di tempat awam dan perbuatan cuai yang mungkin merebakkan jangkitan apa-apa penyakit berbahaya.

Siasatan dijalankan mengikut Peraturan 18, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan (Kawalan Pergerakan Pemulihan) kerana tidak mematuhi SOP PKPP serta Seksyen 269 Kanun Keseksaan, ujarnya.

Katanya, siasatan awal mendapati penggambaran ATNM dilakukan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya pada 3 hingga 11 Mac lepas dengan merujuk SOP Sektor Industri Kreatif Acara Langsung PKPP yang berkuat kuasa ketika itu.

Mohd Fadzil berkata pihak penerbit program dikehendaki mematuhi SOP PKPP yang membenarkan rakaman berlangsung dengan kehadiran penonton tidak melebihi 50 peratus kapasiti serta mematuhi SOP berkaitan saringan kesihatan, pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

Beliau berkata kertas siasatan kes itu akan dirujuk kepada Timbalan Pendakwa Raya setelah siasatan selesai.

Sementara itu, menerusi laporan portal Berita Harian Online, tindakan tersebut dibuat berikutan laporan polis yang dibuat seorang individu yang tidak berpuas hati dan mendakwa program itu melanggar SOP pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa.

Program terbitan Astro itu disiarkan pada 6 Jun dan mengundang pelbagai reaksi selepas juri terbabit dirakam tanpa memakai pelitup muka. KopiPlanet.com

Apakah reaksi anda?



SUMBER : kopiplanet.com



Live Website Traffic


loading...